HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Wedding Budget (Part 2)

Assalamualaikum



Macam biasa lah nak closing memang busy. So this is just a quick update from me. Preparation untuk kahwin, budget bahagian hantaran. 



Basically saya letak budget untuk beli barang hantaran RM2000. Dan total perbelanjaan adalah RM1449. wow tak? Tak sampai RM2K pon hehe. 






(1)
Minyak wangi & body wash from The Body Shop
RM179






(2)

Baju kemeja Padini RM128





(3)

Belt & Wallet from Camel Active.
RM200 lebih. Yang ni resit hilang so tak ingat exactly lebih lebih tu berapa huhu





(4)

Kasut from Larrie RM243




(5)

Jam tangan From Fossil. RM599




(6)
Okay total RM1449 tu tak termasuk cincin tau.
Cincin ni benda yg sgt sentimental pd saya, maka biarlah saya rahsiakan harganya.
It is cincin perak dan berbatu zamrud
Ikut kan hati sy nak pilih design lain, tapi dia minat yang ni..jadi,okay lah beli yg ni.  :)




Total dulang hantaran dari saya untuk pihak lelaki adalah 9 dulang. So lagi 3 dulang adalah buah, chocolates dan special 'Bepang' berbentuk bakul besar di sponsor oleh adik saya aisyah dan husbandnya Hasri Akmal. Masheh korang. Semua 9 dulang akan di hias dan di gubah oleh kawan baik ibu saya makcik rokiah, ye dia sponsor yeayy! thank you acik kiah. Saya cuma bagi RM100 untuk beliau beli chocholates n buah. Dah pesan dah tak nak choc cikai2, bagi yang best2 sikit. hehe.






Alright sekarang budget Najmi pulak untuk barang hantaran Saya. Beliau letak RM2500. Total perbelanjaan beliau adalah RM1533 (tidak termasuk cincin,choc,buah dan upah gubah hantaran)






(1)

Shower gel, parfume dan lotion from The Body Shop RM209






(2)
Bag from Carlo Rino RM329
Purse Carlo Rino jugak RM255
Actually beli purse je dulu. lepas tu esoknya rasa macam terrrnampak bag comel tu...
arghh cant resist.lalu incik tunang bilang amik la. Happy kau. rejeki





(3)
Jam from Fossil RM629




(4)
Kasut from Carlo Rino jugak RM111




(5)
Cincin ni saya suka sgt, suka3..sb mcm ribbon dgn seketul berlian atas tu.dia yg pilihkan.
Cincin emas putih. Sentimental Value. Harga biarlah rahsia. Sorry untuk kualiti gambar.


Dan lagi 2 dulang sama je choc n buah.haaa amacam simple tak? hehe. Sireh junjung kitorg tak letak pun. maka 9 dulang dari saya, 7 dari Najmi.




Okay lah sekian dulu perkongsian saya wedding budget part 2. Masa saya bgth budget hantaran saya RM2K, ramai kata tak cukup RM2K.  Tapi hey I made it! Mmg tak sampai RM2K pon. Im happy :)




Dan saya sgt berpuas hati untuk ini.. suka sgt :)




Alhamdulillah saya dapat beli semua ni HANYA dengan duit bonus Shaklee.. Jujur, saya sndr tak sangka dengan apa yang terjadi.. Masa konvo bulan 5 hari tu, langsung tak terfikir berapa income saya dgn shaklee sehingga hari ni. Thanks kak ngah yang PAKSA saya buat SHAKLEE, skg saya tanggung akibatnya, SAYA TERPAKSA ADA DUIT UNTUK BELI SEMUA NI walau hanya duduk rumah layan whatsap anak cucu shaklee & custmer. Sekali sekala jumpe ramai2 atau pergi master celebration.atau magic session. hehe we have so much fun :)


Tak, bukan menunjuk, bukan riak, tapi saya nak cakap dengan Shaklee, semua impian boleh menjadi kenyataan, dgn syarat, jadikan Shaklee sbg tool, alat utk kita lebih dekat dgn Allah, alat untuk kita tolong lebih ramai orang Insyaallah. Jom sekaya Abdul Rahman bin Auf jom!



p/s : nak selitkan jugak  iklan shaklee. sekarang tgh promosi omega guard shaklee buy 6 free 1. Sms atau pm la kalau nak ye :)


Mobile no 019-4120913
Facebook Athirah






With Love,
Tiera

Omega Guard Shaklee




 Omega guard!!!






Kalau masih ada yang tak tahu apa itu minyak ikan shaklee ni, apa beza minyak ikan shaklee ni dengan minyak ikan keluaran company lain, boleh rujuk di sini Mengapa minyak ikan shaklee berbeza dr yang lain di farmasi?




SID 881453
Facebook Athirah

Nenek, kami pasti merinduimu :'(

Assalamualaikum...



Semalam, nenek saya, Hjh Maimun Bt Samingin (emak kpd ibu saya) telah pergi buat selamanya. Pagi semalam, masa saya sibuk melayan whatssapp anak-anak shaklee saya, ibu cuma beritahu kesian nenek sakit. Kejap lagi kita balik kampung nenek ye.. Saya cuma cakap alaaa nenek sakit.. Tak sangka rupanya dah sampai tarikh malaikat izrail datang untuk pisahkan roh dari jasad  nenek. Tinggal jasad terbujur kaku... :(




Memang sedia maklum nenek selalu sakit-sakit (umumnya yang selalu orang tua tua selalu alami). Sakit belakang, terpaksa jalan dengan membongkokkan badan baru lega sakit belakang. Sakit dada sekali sekala.





Tapi tak berapa lama lepas tu, ibu dah menangis.. ibu cakap cepat siap nenek nazak... Allah.. Terus kami bersiap & bergerak ke Muar..




Dalam perjalanan, tak putus-putus kami berdoa, Ya Allah bg kami kesempatan utk berjumpa nenek sebelum dia pergi..Tolong Ya Allah..




Tapi tak sampai setengah jam perjalanan, along call, telling us, nenek dah tak ada.. :(  Allah...berjurai air mata...




Tak sangka, saya gurau-gurau suapkan nenek ayam goreng masa farah (cousin saya) kahwin adalah moment terakhir bersama nenek.. sedih :'(





Kami sangat rapat dengan nenek. Setiap kali ibu bersalin, nenek akan datang rumah utk jaga ibu dlm pantang.. Bayangkan 10 orang anak ibu..





Banyak kenangan, kitorg nakal, pernah kena kejar dengan nenek sebab nenek nak 'pukul' dengan kertas (kalendar besar digulung-gulung buat rotan). Tapi tahu, nenek sayang.. pernah masa bawak nenek bercuti ke DESARU, saya pegang-pegang kotak mainan jo-jo, masa tu RM2 rasa macam sangat mahal. Nenek kata, ambil la.. nenek belanja...





Masa jaga ibu dalam pantang (lahirkan aizuddin) ada satu hari tu hujan. Nenek hantar saya  pergi sekolah.. sampai satu tempat ada lecak/becak?? saya ckp nenek kasut sekolah baru kapur..putih lagi.. nenek senyum n dukung saya dengan beg sekolah yg berat ni..dah la nenek kecik je..nek..org syg nenek... :')





Dan untuk majlis kahwin saya nanti, nenek dah suruh pilih cadar untuk bilik pengantin.. nenek kata nenek nak belikan, cepat cari yang bawah RM400... Banyak kali nenek suruh saya pilih dalam catalog, saya kata nanti, nanti org pilih.. Tak sempat rupanya nek.. :(

Comelnya.. :')
Balik kampung nenek, Lenga,Muar...  :')



nenek..orang rindu nenek.. :'(
saya amik gambar ni masa raya eid hari tu.. nenek banyak tidur... Hati mmg terasa sesuatu.. rasa takut kehilangan nenek...





Saya pernah bercita-cita nak bawak nenek jalan-jalan bila saya dah kerja.. pernah mengimpikan untuk bagi nenek rasa duit gaji saya.. Cuma sekali saya sempat, bonus shaklee bulan lepas.. dapat hulurkan sikit duit pada nenek dan saya berkesempatan belikan nenek KFC, nenek makan coleslaw banyak sangat.. seronok saya tgk.. :') lepas tu masuk bilik, pgg tgn nenek, nenek kata, doakan nenek sempat tengok tiera, amirah kahwin.. nenek pegang muka adik saya jugak, nenek kata  "mah punya macamana..doa lah nenek pjg umur, dpt tgk mah kahwen.."





bila saya usik "nenek,jom kawen same2.." nenek kata..atok dah rindu nenek.. saya sengih.. tapi hati terusik.. Kenapa nenek ckp mcm tu?



masa bawak nenek bercuti di cherating :)




Kalau saya yang cuma cucu dah sedih macam ni, apa agaknya yang dirasa oleh ibu & adik beradik ibu yang lain? ye, suasana semalam sayu!



pakngah yang langsung tidak menitiskan air mata, akhirnya menangis ketika menjadi imam solat zohor semalam.



pokde..ibu, makzie, maklang, mak cah, mak pi, makcik,pak anjang, busu..


Dan pasti  yang duduk di kampung, yang tinggal bersama nenek akn jauh lebih rindukan nenek.. makcik dan anak2...

Jenazah nenek. Saya sempat join mandikan jenazah nenek.. usap kepala nenek...ratakan air ke badan.. Apa yang menenangkan hati kami, kubur nenek luas, dan sangat cantik seolah2 di simen. Mungkin, ini nikmat org yang semasa hidupnya Dia banyak bersedekah.
zaman comot, aku,aisyah, mah & aizuddin..nenek..kami pasti rindukan nenek...


Menangis semahunya. Sampai satu masa ,kita akn terima.. bahawa nenek dah pergi buat selama-lamanya.


Alfatihah.

Kahwin tak semudah ABC, 123.

Assalamualaikum.


Saya demam pulak hari ni, rasa macam dah lama tak demam. Hari ni dia datang jugak, tekak sakit sangat. Ni pun semalam dah telan alfalfa 5 biji, dgn izin Allah kurang sakit kepala..Saya cuba untuk tidak bergantung pada paracetamol.





Okay, pagi ni sambil online bukak tvalhijrah, Ustaz Taha berkongsi tentang Kahwin tak semudah ABC,123. Ulasan dia fokus pada 4 point ni :





** Bukan pd hanya 2 org. Fikirkan keluarga kita & keluarga dia juga.
** Elakkan cerai cara URBAN. Msg2 tak berkehendak untuk jalankan tggjawab.
** Lelaki n wanita berkerjaya, kurang spend quality time bersama.
** Taat buta tuli




Pernah tak kita terfikir, kahwin ni apa sebenarnya? Happy, hidup berteman? Tukar status single kpd married? Tukar gambar kat fb? update happiness hari-hari? Apa yang tergambar di fikiran kita bila sebut KAHWIN?




Kahwin tu apa sebenarnya? Saya masih mendalami maksud sebuah perkahwinan...


Teruskan mencari..terus dan terus belajar...


Dalam masa 54 hari dari sekarang..Saya akan menjadi isteri yang sah kepada dia...



Preparation, bukan sekadar untuk majlis. Tapi diri kita, mental kita, amalan rohani kita, pertuturan kita..



54 hari dari sekarang....


Apa kandungan minyak ikan Shaklee?

Assalamualaikum



Bila sebut minyak ikan je, apa yang korang terbayang? Mesti lelaki yang pakai topi kendong ke galas ikan besar kat belakang badan dia tu kan?  Yes,yes Scott's Emulsion kan? Sama! hihi gimme five!







Oh Cod LIVER ?
SERIOUSLY, LIVER????



Yang saya nak cerita bukan scott emulsion, tapi omega guard shaklee, minyak ikan Shaklee. Saya amalkan sebab ia dikatakan sangat membantu dalam proses pembakaran lemak. Hmm yeke?




Dan cuba you google, Mashaa Allah. Banyak betul kebaikan minyak ikan ni! Tapi apa kandungan dalam minyak ikan ni sampai boleh dikatakan sangat bagus untuk kesihatan, sistem imun, program kurus?




Dan apa beza minyak ikan shaklee dengan minyak ikan lain? haa...tu yang uols kena amik tahu. Jangan ambil remeh tentang kandungan minyak ikan ni, salah pilih, nanti toksid terlebih! you jugak yang rugi.



macam tu la rupa omega guard.Shaklee dalam bentuk capsule :)

Okay saya suka study bab bab macam ni, maklum lah cita-cita nak jadi dentist, minat pulak lebih pada subjek biologi & kimia. Sekali stpm dapat class fizik, sambung degree pulak jurusan undang-undang, ohhh lari sungguh! haha. Jadi bagi peluang kat diri sendiri untuk bermain semula dengan term term saintifik & kimia.
sukaaa.... :)





Firstly... kita kena faham omega tu apa? Ia adalah gabungan rantaian asid politak-tepu, merupakan asid lemak penting yang mana badan kita tak boleh hasilkan dengan sendirinya, sbb apa, badan kita tak ada enzim yang sepatutnya untuk sintesis asid lemak tu.



Bukan semua lemak tak sihat tau! Ada lemak yang penting untuk kita ambil :)




So? Kalau badan kita tak boleh hasilkan asid lemak penting ni, apa masalahnya? Perlu sangat ke asid lemak yang di panggil omega 3 ni?



Ye, penting. Sebab apa, ia penting untuk melindungi organ-organ lembut dari terkena renjatan atau kejutan. Dan dikatakan ada 'brain-boosting' power terutama pada kanak-kanak. Bukan tu je, ia jugak Insyaallah boleh mencegah kanser (breast cancer ke, colon cancer etc).



Hmm apa lagi? Omega 3 jugak boleh mengurangkan sakit sendi. Sebab dia kurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Jugak mengurangkan risiko serangan jantung, hebat betul ciptaan Allah ni!



Oh ye lupa, omega 3 ni bantu badan kita tingkatkan kadar serapan vitamin A,D,E dan K. Jadi kalau tggi kadar serapan, baru la best badan dapat manfaat vitamin2 tu kan? Dah tu meningkatkan kadar metabolisme badan pulak tu, memang patut la boleh kuruskan badan!




Omega 3 ni banyak ditemui dalam ikan tau. Yang tu kita panggil DHA & EPA (biasa dengar kan3).


Omega guard shaklee mengandungi


 1. Omega-3 EFA (330mg)
 2. EPA (180mg)
 3. DHA (120mg) 



Omega 3 ni paaaling banyak ditemui dalam jisim ikan-ikan dekat lautan yang betul-betul dalam, dan lautan yang sejuk. Kenapa?



Takat beku ikan adalah rendah. Means cepat membeku pada suhu sejuk. Macaman ikan nak hidup dan berenang dalam laut sejuk, mati la deorang kebekuan kan? Maka Allah anugerahkan omega 3 ni yang mana, ia sangat membantu memanaskan ikan di lautan yang paling sejuk. Memang Allah Maha Bijaksana. Lapisan lemak ni lah yang memanaskan ikan-ikan membolehkan mereka mampu hidup walaupun dalam laut sejuk kan, Subhanallah..


Tu ikan kod. (dlm bhs inggeris cod fish)


Okay. Ikan-ikan yang biasanya hidup di lautan sejuk adalah macam ikan sardin, tuna, mackerel, salmon. Termasuk lah ikan kod mcm kat atas tu.


Minyak ikan shaklee bebas toksid, You wanna know why?



1) Sebab shaklee tak amik ikan yang tinggi merkuri.

2) Omega Guard Shaklee di hasilkan melalui kaedah ultratulen ber gred farmaseutikal. Bermaksud proses penyulingan proprietari 3 molekul yg dapat memekatkan asid lemak omega 3 paling tulen.

So boleh lah singkirkan bahan bahaya dalam ikan macam merkuri and plumbum. Company lain tak guna kan proses ni sebab mahal...  


3) Omega Guard Shaklee tidak di ekstrak dari minyak hati ikan sebab kandungan toksik dalam hati adalah sgt tggi!


Alamak! Check minyak ikan yang uols amik, guna liver oil ke?



Okay lah. nanti kita sambung lagi pasal Omega Guard Shaklee ni.


Wallahi, saya suuuuuuuka omega guard shaklee!!

No, bukan sebab saya SID, tapi sebab saya amalkan dan saya tahu apa yang saya alami.



Sekian dulu hasil revision. Kalau rasa nak tahu atau tanya apa-apa, sms atau whatsapp saya ye
 019-41203913.Pasal promosi omega buy 6 free 1 nanti saya cerita.


sekian
with love,
Tiera

Wedding Budget (Part 1)

Assalamualaikum


Alhamdulillah, selesai closing utk november.. takde rezeki nak naik coordinator bulan ni walaupun sipi sipi je lagi anak-anak nak naik Supervisor..takpe..biar lah dorang matang betul-betul baru break. Harapan saya bulan ni, 2 potential ni betul-betul boleh buktikan mereka layak bergelar leader. 



Okay la stop dulu pasal Shaklee. Sekarang nak share pasal bajet untuk kahwin. Terus terang, saya tidak bercita-cita untuk buat majlis besar-besaran. Entah la.. saya rasa satu pembaziran kalau saya laburkan terlalu banyak wang ringgit hanya untuk majlis saya yang sehari dua. Saya tak nak lepas kahwin duit simpanan kosong, pada saya kehidupan selepas kahwin tu lagi penting. Nak hidup best, melancong tempat best, rumah yang best, kereta best, makan minum yang kualiti, dah tentu memerlukan $$$ yang banyak. Kalau nak yang ala kadar cukup je duit. Tapi the thing is, saya nak kehidupan yang best. Jadi mengapa saya perlu terlalu ghairah berbelanja besar untuk majlis perkahwinan?


(Ini masing-masing punya pendirian ye. Jangan ada yang amik hati pulak.huhu. Setiap orang ada pendapat masing-masing,citarasa sendiri. Saya cuma nak share tentang diri saya) 



Okay lah. Insyaallah majlis saya akan di adakan di Dewan Japerun Air Molek. Sewa dewan hanya RM300. Kalau dewan MITC RM3000. Berbeza kan.



Kemudian kerusi & meja bulat, termasuk satu khemah di luar dewan total RM860. Tu khemah siap scallop tu.Murah la jugak right.


Okay make-up artist kita uols I amik intan atika. Suka touch dia. Dalam RM400 utk make up malam nikah dan bersanding esoknya . Saya dapat special price dengan cik intan, tq intan! :D



Sebenarnya takde la bersanding sangat pun. Plan nak buat macam Hilal asyraff tu just ada makan beradab eh kita panggil? Tapi bila fikir-fikir balik why not saya buat satu ruang cantik untuk bergambar right?




Adik saya Aisyah kahwin hari tu, murah la jugak dapat pakej pelamin + make up + baju dalam 3-4 pasang hanya RM1300. Tapi, saya memilih untuk tidak mengambil mana-mana pakej pelamin hik3 bunyi macam melampau je si tiera ni haha :p tak, sebab saya fikir kan bagus kalau RM1300 tu saya laburkan untuk beli perabot rumah saya nanti? Kalau pelamin RM1000 lebih habis dan ianya sementara. Tapi kalau perabot sendiri, lepas kahwin dah boleh guna terus isi rumah baru :D Makanya saya dan bakal suami bersetuju untuk beli je kerusi/sofa,carpet,almari dan pandai pandai la hias nanti..



Banyak pilihan hati. Tapi mungkin saya confirm ambil yang ni dari IKEA. murah! RM299 je













Itu yang dari ikea la. Yang saya survey kat satu kedai perabot ni pun boleh tahan lawa, tapi lagi mahal dari IKEA. Costs thousand plus plus la. (IKEA tak jugak semua murah, tapi ade je yang cheaper)










Kakak tu kata, kedai ni amik perabot-perabot dari hotel-hotel & guna semula, touch up balik la kira.Dia suggest saya amik kerusi cleopatra ni RM599, tapi tak minat la... huhu


mcm common sgt org guna utk pelamin kan


Okay. tu part so-called pelamin haha. Now pasal hantaran pulak. Saya sebenarnya nak tidur awal ni, letih la penangan closing huhu..so next time baru cerita pasal kos beli barang hantaran, baju nikah, baju pengantin , cincin semua. Tunjuk gambar je la dulu haha

















Ni yang sempat kitorang beli hari tu..Yang pending tak settle lagi, cincin nikah kitorg, jam tangan kitorg & saya maybe kena tambah sikit lagi untuk najmi, mcm sikit sangat pulak set bodyshop dia saya beli. Will see how.

dan barang-barang lain macam biasa lah sireh junjung,cake,chocolate semua tu.


Nanti saya share budget saya dan budget dia berapa. Alhamdulillah tak melebihi budget yang di tetapkan :)


Okay la, selamat malam . terima kasih pada yang wish birthday saya... Macamana anda doakan saya, macam tu jugak saya doakan anda.


thank you.


With love,
  tiera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...