HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Cukuplah aku pernah hidup susah dulu!!!

Assalamualaikum





Hari tu saya ada tonton segmen motivasi pagi di tv3, Doc Azizan Osman bercerita..Ada satu kisah, tentang bersyukur. Kisah ini berlaku pada zaman nabi Musa alaihissalam.



Ada seorang miskin, datang kepada nabi Musa a.s. Dia bertanya, "wahai nabi Allah, aku ni orang susah.banyak benda yang aku tak mampu nak beli..aku tak tahu macam mana untuk aku perbaiki diri sendiri..."





gambar sekadar hiasan




Kemudian nabi Musa menjawab, "wahai tuan, banyak-banyakkan bersyukur dahulu.." Balas orang miskin tadi " kenapa aku perlu bersyukur sedangkan aku sedang susah sekarang?"


Nabi Musa tetap berkata "bersyukur banyak-banyak dahulu.." Si miskin tadi pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak puas hati. Kerana yang dia inginkan bagaimana untuk menjadi kaya-raya, bukan lah jawapan "bersyukur itu"


Kemudian datang pula seorang yang kaya (lebih sedikit berharta dari si miskin yang tadi). Bertanya lah si kaya kepada nabi Musa, "Ya nabi Allah Musa, aku ingin hidup lebih kaya lagi.Apa yang patut aku lakukan?Aku mahukan ketenangan.Kaya dan tenang.."


Jawab nabi Musa, "wahai orang kaya,banyakkan bersyukur dahulu.." ya, sama seperti apa dikatakan kepada si miskin tadi!


Orang kaya itu menganggukkan kepala dan berkata "baik.aku akan banyakkan bersyukur.." Jadi si kaya tersebut pulang ke rumah dan mengira, setiap satu nikmat yang diterima. Nikmat nafas, nikmat kelipan mata, nikmat telinga mendengar, nikmat mulut bercakap, nikmat lidah merasa, nikmat kaki melangkah.


Beberapa hari kemudian, rezeki si kaya bertambah dan bertambah melimpah ruah, dia menjadi semakin kaya dan lebih kaya.


Tetapi si miskin tadi menjadi semakin miskin dan miskin.



Apa yang dapat kita pelajari dari kisah ini? ya, bersyukur itu penting! Tidak kira apa jua keadaan kita, bersyukur adalah 'akar' untuk kita hasilkan 'pokok' yang baik,subuh,ranum buahnya.


Bersyukur adalah sebab untuk kita mendapat rezeki yang lebih banyak dari dulu. Ingat Apa kata Allah, Lainn-syakartum-la aziidannakum- sekiranya engkau bersyukur, akan aku tambah lagi.



Dan ini membuatkan saya terpanggil untuk mengimbas kembali zaman kesusahan saya satu ketika dulu sehingga sekarang, yang mana sekarang ini bukan lah saya seorang yang terlalu kaya, tetapi jauh jauh lebih baik dari dahulu.





Saya tidak mengatakan saya datang dari keluarga yang miskin/susah, tapi saya boleh katakan saya pernah lalui kesusahan seumpamanya.




Ayah saya dahulu seorang pegawai di sebuah bank. Kemudian dia berhenti untuk menjalankan perniagaan. Ayah kemudian membuka sebuah syarikat dobi (laundry) dan juga menjadi contractor untuk projek-projek pembangunan dsb. Ibu pula seorang direct seller syarikat pinggan mangkuk.



Gambar gembira kami :)
Waktu ni balik kampung arwah nenek



Tidak perlu rasanya saya bercerita lebih tentang perjalanan perniagaan ibu ayah saya. Cukup lah sekadar anda tahu dunia perniagaan amat risiko sekiranya kita tidak/terlepas untuk menggunakan kuasa ilmu dan tindakan.



Saya dan 8 adik beradik lain membesar dalam keadaan yang agak senang sebenarnya. Alhamdulillah.  Tinggal di sebuah rumah banglo.. Ayah pun pernah ade 3 kereta serentak pada satu waktu. ngam ngam memenuhi garage panjang di rumah kami. Honda Accord (putih), Fiat Ulysse (hijau) dan van Toyota. Pernah pergi sekolah ayah hantar, sorang ustaz pernah tegur saya  "whoaaa ayah awak bawak fiat tu.."


Saya budak lagi waktu tu, mana faham market harga kereta waktu tu. So tak rasa apa. Biasa-biasa.Yang saya tahu, semua kereta ayah saya best, selesa. Tu je.


Tapi itu masa tingkatan peralihan & tingkatan satu. Bermula tingkatan dua,  di situ lah ujian bermula. Di situ saya faham banyak benda. Mula saya menghargai apa yang saya ada selama ni.



Saya, kanan. Sewaktu rombongan sekolah ke rumah tradisional melaka.
Di sebalik senyuman itu, tak siapa tahu cerita derita saya





Jual nasi lemak demi mendapatkan duit tambang ke sekolah


Ada sedikit masalah dalam perniagaan.
sewaktu senang, lupa untuk membuat simpanan :')




Saya ingat lagi..satu hari ayah saya tak berapa sihat, ibu pulak kelihatan penat sekali, mana tak nya, setiap hari bangun seawal 4 pagi untuk menyiapkan nasi lemak, supaya saya dan adik saya boleh bawa ke sekolah dan jual pada kawan-kawan. Percaya tak?




Sekolah saya jauh..Rumah di Air Molek sekolah pulak di Serkam, sangat jauh.. Ibu memang tak nak anak anaknya sekolah di sekolah kebangsaan biasa.. Macamana pon mesti sekolah agama. Along sewaktu tingkatan 4 & 5 di kolej islam, kakngah dan Aimi di Sek.Men.Arab Sharifah Rodziah. Abang boy dan abang amir di Sek.Men.Arab.Jaim.Al ahmadi, saya dan aisyah Sek.Men.Arab. Assaiyidah Khadijah. Manakala dua adik lelaki di Sek.Men.Tahfiz Alquran di jasin.


Itulah ibu, walau apa halangan dan cabaran, akan di usahakan juga agar anak anak dapat masuk sekolah agama yang diyakini dapat memberi didikan agama buat kami. Kerana ibu yakin, jika kami faham islam dengan baik. kami akan jadi manusia yang baik dan bijak. Itu yg ibu percaya.



Okay, untuk saya dan aisyah. kami je yang tak duduk di asrama, yang lain semua asrama sebab laaagi jauh sekolah mereka dari rumah. Saya perlu naik 2 bus untuk sampai ke sekolah. Dari Air molek - Alai , Alai - Serkam (sekolah).




Pergi RM1.50, balik RM1.50. jadi sehari RM3. Tapi kami tiada duit, setiap hari RM3, sebulan dah RM60! tu baru saya sorang. Tambang adik saya aisyah tu lagi? itu baru tambang. yuran itu ini, duit buku bagai, abg saya 2 orang yang duduk asrama lagi? kakak saya 2 orang waktu itu dah di universiti.. adik saya kecik kecik bersekolah.



Allah.. waktu tu Dia je tahu betapa susah nya hidup kami... :'( Duit hasil jualan akan di tolak RM3 utk tambang saya, RM3 lagi asiyah.. lebihnya pusing modal beli kacang, cili, telur, timun..



Di saat orang lain beg nya penuh dengan buku, saya & aisyah? Penuh dengan nasi lemak dalam beg.. Buku untuk semua subjek di tangan. Bila naik bus tak dapat tempat duduk, kelam kabut jugak, mana nk pegang buku, mana nak pegang tiang, bus gerak punya la laju, dengan selekoh kiri kanan lagi. menggigil-gigil kaki ni menahan badan yang sarat dengan bebanan berat buku+nasi lemak+kacang dari terjatuh..



Oh ye, kami jugak bawak kacang goreng yg pedas tu. RM0.50 sen ibu letak harga sebungkus..kacang ni berat tau.. sorang bawak 50 bungkus..Malam-malam kitorg pack dalam plastik sama-sama, staple kan..msukkan beg siap2..



Bila malam saya susah nak tidur sebenarnya, bahu saya sakit.. sakit sangat.. Bila pergi klinik, doktor kata saraf saya ni 'penat'. Kalau boleh jangan angkat barang berat2 sangat.. Tapi doktor tahu apa..dia tak tahu saya kena jugak bawak semua tu setiap hari.. kalau tidak mana nak dapat duit tambang pergi sekolah?




Tapi kami tak merungut sikit pun... Saya dan aisyah selalu berbual..kalau kita rasa susah. ibu ayah mesti laagi susah kan?




Satu hari ahad yang tenang...


Ibu ajak ke belakang rumah, ayah pulak kurang sihat waktu itu (siapa tahu rumah saya tu mesti dapat imagine, ade satu sungai kat belakang..ade banyak pokok pisang kat situ,waktu tu itu, belum ada jambatan, tempat jogging yg cantik mcm sekarang. semak je penuh)




Saya, aisyah & ibu ke sana sebab nak ambil daun pisang, buat bungkus nasi lemak...Tiba-tiba..masa nak melangkah satu longkang besar tu, ibu terjatuh..paap!!!
 (air mata tak berhenti mengalir ketika menulis ni)




Saya sedih tengok keadaan ibu terjatuh depan mata saya! Saya jerit "ibu..!!!" Saya dapat kan ibu..saya bersihkan daun daun yang melekat pada baju ibu.. Saya tanya "ibu..ibu sakit tak.." Ibu masih kata ok,ok,ibu ok.. tapi saya tahu sakit tu..pinggangnya diurut berkali kali..kakinya nampak membengkak.


Saya sebak...sebak sangat.. sebab nak pastikan saya ke sekolah, ada duit tambang lah ibu buat semua ni. semua sebab saya, sebab nak saya ada ilmu, sebab nk saya pergi sekolah.sebab saya!!! ye, sebab kau tiera!!



Maka saya berjanji dengan diri sendiri, saya nak ibu senang bila saya kerja nanti. detik dalam hati.. "orang janji bu..orang nk buat ibu senang nanti..orang nk tunaikan apa je permintaan ibu..orang janji bu.."


(Ibu itu merujuk ibu & ayah ye. Saya selalu mention ibu sb biasalah yang lebih banyak meluahkan perasaan, berbual dgn kita adalah ibu. ayah ni kan lelaki, biasa la lelaki kan kurang gemar berkongsi masalah,selalu simpan sorg2 je huhu. But I know deep in his heart, dia juga sedih. Dia buntu sebenarnya)


Dan banyak lagi ujian lain. Eletrik pernah kena potong. kami tidur dalam keadaan gelap & panas. Buat kerja sekolah guna cahaya lilin.. tak cukup dengan tu..ada lagi,  tiba-tiba ada pemeriksaan mengejut (spotcheck) kat sekolah.. kantoii jual makanan kat sekolah. Mana boleh.. langgar peraturan.. Sekolah dah sediakan kantin, pelajar mesti membeli dari kantin.. Sebab dikhuatiri terjadinya kes-kes keracunan makanan dan sebagainya..



'Perniagaan' kami terhenti di situ...terasa hilang punca rezeki untuk perbelanjaan sekolah...ikhtiar yang lain di usahakan..jual nasi goreng untuk pelajar asrama waktu prep (malam), jual nasi lemak tepi jalan dan macam-macam lagi,



(senyum)



Percaya tak penah satu hari, ibu puasa sunat..Tapi kami takde makanan..cuma ada beras.. Tahu kami makan apa? Ada pokok betik kat belakang.. Ibu ambil betik dan masak dengan kuah santan. Tapi Sedap jugak hehehe...



Saya tak kisah pun makan macam tu.. Tapi saya tak sampai hati tengok ibu yang makan lauk begitu.. Sabarlah ibu..ayah..tunggu anak anak ibu besar..ye? Bertahan lah wahai insan yang amat saya sayangi...



Konvo & kerja






Alhamdulillah. Berkat doa ibu,ayah. saya dapat sambung belajar di Uitm Shah alam. Jurusan Undang-undang. Eh takde lah, cita-cita saya bukan nak jadi lawyer sebenarnya. Saya nak jadi dentist. Tapi rezeki belajar kos ni..mcmn eh nk ckp rase bila kita buat law, kat hati dentistry..Jadi takde semngat.Bila takde semangat langsung buat law, semua jadi half heartedly. :'(
Tapi tang tu nanti la saya ceritakan di entry yang lain..



Saya konvo tahun lepas bulan lima. 12 mei 2013. Misi mencari kerja pun bermula...


Pada awalnya nak cari kerja just because itu adalah perjalanan hidup kita. Kan? Dah belajar, dah grad, cari kerja pulak la. A real purpose kenapa kena cari kerja tak nampak dengan jelas.



Sampai lah saya mendapat tekanan yang hebat. Ibu,kak ngah & lain-lain suruh saya kahwin cepat. Dosa kata mereka berhubung selalu tanpa ikatan yang sah.. Lepas tu dapat pulak surat ptptn, berapa jumlah 'hutang belajar' saya. Arghh , duit nak kawen lagi, nak byr hutang lagi, impian nak bg ibu ayah duit stp bulan lagi, cita-cita nak honeymoon oversea lagi.. mana aku nak cekauuu....stress!!!




Saya isi permohonan di portal SPA, saya submit resume ke jobstreet. Saya cari kerja-kerja kosong di surat khabar.


SPA  >  tiada jawapan


JOBSTREET  >  dapat panggilan interview dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd. 2 - 3 kali dia call walaupun saya dah cakap saya tak boleh pergi, jauh.. mula lah fikir adakah ini takdir ku, menetap di jb lepas ni?


PTPTN  >  Saya dapat email, pggln temuduga di PTPTN. yeayy! Saya ke damansara untuk sesi temuduga Pegawai Undang-undang (kontrak) Sempat berborak dengan candidates yang nak temuduga jugak. Apa je kita borakkan? tu pon nanti dalam entry lain. Hampir semua mengeluh takde masa untuk anak2... Hmm.. dan saya tak dapat post tu, sebab saya tak sambung LLB lagi.. kena ada LLB baru boleh. Yelah nak kena draft agreement bagai.. mana cukup ilmu BLS je.. Tapi kalau dapat keje situ pun susah, bus awam takde. sewa rumah mahal.




Last-last tension punya pasal, saya boleh pergi interview kerja kedai cermin mata?? haha. Entah apa-apa. Konon alasan "dari x buat apa-apa kat rumah, baik aku kerja mana-mana kejap.."



Kena masuk kerja pukul 10 pagi, balik 10 malam, gaji RM900. Lepas tu nak hadap boss yang akan arah itu ini.. nk hadap customer complain marah2 sb kualiti  cermin mata ke servis ke apa ke...Sanggup ke untuk RM900? TAK!!! (nangisss)



Saya digelakkan oleh abang ipar saya, abang dzuha. (suami kakngah saya, ainul) . Katanya, kalau hang buat shaklee betul-betul kat rumah hang leh dapat 4-5 ribu, sanggup hang keluaq untuk rm900.. dan dia terus gelak dan gelakkan saya.



Geram pulak rasa. Ok takpe saya bertekad. Saya akn cuba buat shaklee betul-betul. Buat shaklee betul-betul bukan bermakna jual, jual jual je banyak-banyak. Tak!



Tapi maksud tu dapat difahami dengan betulkan niat.. dengan niat, baru  kita akan tahu apa maksud
 "buat shaklee betul-betul' tu.." . Dengan niat yg baik, baru kita dapat hasil yang baik.



Niat nak kahwin?  Allah mudahkan lagi jalan, murahkan lagi rezeki. Sebab Allah suka pd mereka yg berusaha mendapatkan hubungan yg halal & barakah bukan?



Niat nak tolong orang supaya sihat? Kita tak kan tengok list produk shaklee, terus aim nak jual, walau tanpa ilmu. Kita akan berusaha cari ilmu nutrisi, study jenis sesuatu penyakit, punca, vitamin apa yang boleh bantu untuk mereka berikhtiar... bukak file itu bukak file ini. Tanya mentor yang berpengalaman macam-macam. Mintak pendapat doktor.. hadirkan diri untuk majlis-majlis ilmu kesihatan ke. Kita tak kan jemu mencari ilmu..


Niat nak bantu orang supaya mempunyai pendapatan lebih? Kita akan polish sifat kepimpinan kita. Kita sentiasa ajar, turunkan ilmu, kongsi info dengan downline kita, spend masa buatkan jadual, spend masa utk consult & coach melalui macam2 cara, whatsapp, facebook.


Niat nak bawak ibu ayah pergi haji? kita akn letak target pakej haji plg mahal utk mereka.Kan? Hotel yg dekat bagi memudahkan ibadah haji mereka. Mula lah kita study sistem pengiraan bonus shaklee betul2. usaha yang macam mana kita boleh dapat duit banyak ni banyak ni. Berapa ramai orang kita dah tolong untuk dapat income lebih RM10,000.


Dan macam-macam lagi.. Pernah dengar kan, niat ibarat surat. ia akan sampai ke tempat yang di alamatkan. Salah alamat, salah la tempat surat tu akan sampai. Saya dengar dari penulis buku dan motivator, ateh zuhairi :)




Siapa saya hari ini?

How shaklee has transformed my life




Bukan lah siapa-siapa pun. Sama seperti anda, hamba Allah yang kerdil.. Yang sentiasa mengemis kasih & sayang-Nya. Mana mungkin kita boleh hidup tanpa rahmat Allah bukan?


Tapi, saya adalah Athirah yang jauh lebih baik dari yang dulu..Athirah yang lebih confident!
Athirah yang punya cita-cita jauh lebih besar berbanding dulu.. Athirah yang lebih rajin, lebih positif dari Athirah yang dulu.


:')


Saya berjaya kahwin dengan bonus shaklee! Yes 90% perbelanjaan majlis & barang hantaran adalah menggunkan bonus shaklee saya!


Saya dapat honeymoon ke Beijing China lepas kahwin.


Dan kalau dulu saya tak mampu beri apa-apa pada ibu ayah, sekarang saya mampu beri mereka duit belanja setiap bulan lebih RM500.. RM700-RM800 sebulan. Ye masih sikit, target jangka masa pendek saya nak bagi RM1000 sebulan.



Memang, RM700 je? Ok what dari yang bagi RM50-RM100 je sebulan?


Maaf ye. saya bukan mahu mendabik dada. Saya bukan mahu riak. Tapi saya nak semua orang bukak mata.. Bukak mata luas-luas..



Berbaloikah RM100 setiap bulan utk insan yang banyak berkorban untuk kita? Tak pernah ke kita cuba, cuba letak target untuk beri dan beri lebih banyak pada mereka? Tunaikan apa saja impian mereka?


Tidak teringinkah anda?



Ye bersyukur.


Rasa cukup dengan apa yang ada.



Jangan salah guna perkataan syukur itu! "ye aku memang tak banyak duit, aku kerja gaji aku bla bla..Tapi aku bersyukur dan selesa dengan cara hidup aku sekarang?"


Bersyukur la sangat!


Orang yang bersyukur pasti sentiasa ada matlamat untuk jadi lebih baik dari yang semalam.


kalau bulan lepas aku dapat sedekah RM10 je, bulan depan mesti rm100!



Orang yang bersyukur akan guna semua nikmat pancaindera anugerah Allah ini untuk sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada raaamai orang!


Bukan untuk hidup sendiri sendri je, bukan takat lepas bg sikit duit ibu ayah, lepas byr kereta api air, cukup la.


Ingat! Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain dan Allah suka orang berusaha. Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha, dia lah yang berjaya.


Jangan mudah sangat redha, pasrah. Terima ajeee... Kalau berterusan macam tu, tiadalah perubahan dalam hidup kita. Sentiasa di takuk yang lama.




duduk,berfikirlah.


Berapa banyak belanja sekolah tahfiz dapat kita bantu?


Berapa banyak kita mampu sumbangkan kepada rumah anak yatim?


Cukup kah gaji hari ini untuk menolong lebih ramai orang?


Cukupkah gaji hari ini untuk menunaikan apa saja permintaan ibu ayah kita? cukup kah?




Buat yang belum berkahwin..berusahalah untuk kahwin lebih cepat.. Jangan biarkan diri kita solat,zikir,ibadah tapi masaih ada calitan maksiat kita berhubung dengan bukan mahram. Ramai yang tangguhkan perkahwinan atas alasan duit tak cukup lagi untuk majlis idaman.



Buat yang sudah berkahwin pula.. Berusaha lah.. upgrade kehidupan kita.. Bantu pasangan ringankan tanggungjawab dia.. jadi lah seorang yang punya pendapatan tinggi.. lihat anak anak kita.. semat dalam hati untuk beri hanya yang terbaik dan bukan yang ala kadar.


letak la impian yang jauh jauh lebih besar...



Berimpian lah...

untuk mahu beri hanya yang terbaik untuk suami, anak2, ibu ayah kita, masyarakat. Untuk beri yang terbaik, cukupkah kita hidup biasa-biasa dan mengatakan syukurlah aku selesa dengan cara hidup aku sekarang?


Cukup kah?


Berapa simpanan kita hari ini?


Ask yourself.



Cukupkah untuk aku capai semua impian itu dengan hanya meneruskan kehidupan sekarang tanpa perlu  buat apa-apa yang extra, yang luar biasa??


Cukup kah???



As for me, cukup lah apa yang pernah saya lalui dulu.. cukuplah..masa untuk saya terus melakukan sesuatu yang extra, bukan biasa-biasa je.



Bergerak lah. bertindak lah.



Saya tidak katakan anda perlu berhenti dari apa yang anda sedang buat sekarang. Apa jua pekerjaan anda, teruskan lah sekiranya ia boleh buat kita beri manfaat pada ramai orang.


Tapi, saya mencadangkan, upgrade la impian kita, berusaha lah untuk menaiktaraf kan kehidupan kita..


Bangun, bertindak, lakukan sesuatu yang extra, berlari lah untuk capai impian kita.


Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan bussiness shaklee.


Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan group yang mengingatkan aku tentang kematian, tentang banyakkan memberi..ttg rezeki yang halal..tentang pentingnya menjaga hubungan dengan engkau Ya Allah.


mentor2 (upline) yang tidak pernah jemu membimbing saya..



Terima kasih.





Saya pernah merasa senang, kemudian tiba-tiba tersungkur, menghadapi bermacam kesukaran.sakit dan pedih rasanya..orang yang melalui kesusahan dari kecil mungkin , mungkin lah pada hemat saya sudah immune dan terbiasa dengan cara hidup dari kecil. Tapi untuk saya tiba-tiba tempuh kehidupan yang tak pernah saya alami sewaktu kecil..ianya sakit.. cukup sakit.



Masa untuk terus berlari mencapai impian saya.


Ibu ayah, tggu ye, orang nak tunaikan apa saja permintaan ibu & ayah. Nak bawak p haji, nak round satu dunia. Tunggu ye!


sekian,
Cukup la aku pernah hidup susah dulu!






                                  Lagu ni khas untuk insan yang banyak berkorban untuk saya.

Semua keinginan akan aku lakukan sekuat semampu ku..

Ketahuilah, diri ini teramat menyayangimu :')






6 comments:

Unknown said...

ya,allah... saya tak tau nak cakap apa tiera.... cerita ni buat saya tersentak dimanakah kedudukan saya sekarang nie....? apa yg ptt saya lakukan untuk balas jasa mereka? rasa bersalah sangat sehingga kini masih tak terbalas jasa untuk emak dan abah di kg...

t.kasih sebab sudi berkongsi.. dan sy akan jadikan sebagai sumber inspirasi.. :)

purple LADY said...

semoga kak tiera terus maju jaya.
sentiasa dilimpahkan rahmat olehNYA.

WHatever happen, please keep smiling :) because you are a strrong girl.
strong girl dont afraid of challenge

Nadia Syakila said...

sangat2 terinspirasi !
sangat2 terharu !

nadia akan usahakan sebaik mungkin kak tira..

Athirah Tieramiessyou said...

Apa yg ptt eem lakukan?
Letak satu impian besar utk mak.abah.
Dan bergerak untuk smpai pd impian itu... Jom eem! :)

Athirah Tieramiessyou said...

Tq sayang
Cerita dulu..hehe..
Lepass kakak akak 2 org tu start keje..ok dah..ayah pon start keje blk..

Waktu semua tgh belajar lg tu yg perit sikit..

Athirah Tieramiessyou said...

all the best nadia, si budak kuat! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...