HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Resipi Ikan Bakar Portugis

Hai korang salamalaykum!





Haaa korang mesti pernah makan kan segala bakar bakar ala portugis ni? Tiera pernah makan dekat midvalley, bukan takat pernah tapi memang suka dan selalu makan! 


ada ikan tenggiri, sotong, ikan pari, macam-macam. memang sedap! Ni yang selalu makan kat mid





So bila mengidam, tekak macam teringin je,  I decided untuk masak sendiri hehe. Nah share, persediaan untuk dua orang.



Bahan-bahan mudah yang amat :




- ikan kerisi x 2 ekor (terpulang nak ikan apa)
- bawang besar x 3 biji 
- bawang putih x 4 ulas
- sedikit belacan 
- cili kisar (terpulang nak banyak mana)
- asam jawa
- garam gula cukup tak perlu ajinomoto ok! 
- limau nipis ke, limau sambal ke mana mana boleh
- bendi jangan lupa, tiera lupa nak beli!





1) Goreng belacan

2) Masukkan belacan goreng tadi dalam blender, sekali dengan bawang putih, bawang merah, sedikit air, kisar.

3) Masukkan dalam kuali panas, kacau dan kacau sampai air kering, kemudian masukkan minyak. 


4) Bahan kisar tu di goreng dengan minyak sampai garing, kemudian masukkan cili kisar, kacau kacau sampai garing, pecah minyak.


5) Perasakan dengan garam & gula, kemudian masukkan sedikit air asam jawa. kalau tengok gambar yang tiera makan dekat midvalley dia buat macam berkuah kan, so kalau nak macam tu boleh lebihkan air asam jawa. Yang tiera buat kurang sikit kuahnya. First time buat kan.. hehe tapi still sedap tau! :)


ok dah siap sambalnya....




Ikan dah dicuci bersih right? lumur sedikit garam, dan letak dalam aluminium foil ni.. lkemudian boleh la letak sambal kita tadi... letak pulak bendi dipotong serong dan tipis, letak sambal lagi. 


Kemudian tutup, gulung-gulung tepi, balut..



Dah balut kemudian, letak dalam pemanggang ajaib. Kalau takde pemanggang ajaib, any kuali ke frying pan ke would do. Tak payah la nak susah hati kena order pemanggang ajaib kat go shop pulak! hahaah :p 


yang penting kena tutup ya



Di atas api yang sederhana besar, letak ikan kita yang dah di balut tadi, tutup dan biarkan dalam 10 minit. Nanti alumunium foil tu akan menggelembung macam ni





Siap! Perahkan air asam limau atas ikan, pergh serius aroma dia.. wallaaa!




Ready untuk dimakan bersama nasi putih panas-panas! fuh...
ni kitorang makan at bawah depan tv sebab nak tengok cerita syurga nur tv3 semalam hihihi



Senang je kan.
Boleh la korang cuba ok!


Next tiera share singapore chili crab pulak ok :)


Inshallah




Love,
Athirah Tieramiessyou
Pengasas Tieramiessyou Beauty House,
Natural home &  mobile spa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...