HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Orang Baling Taik, Kita Bagi Bunga

WARNING: Blog saya masih under maintenance. Inshallah selepas 20 dec ini akan berubah wajah. harap bersabar jika anda tidak selesa dan dapati banyak button juga sidephoto dengan logo no entry ya.

Orang baling taik, kita bagi bunga, pernah dengar tak ni? Saya dengar dari ustazah, dan ustazah kaitkan tentang perjuangan nabi kita Muhammad s.a.w. Nabi, dalam berjuang banyak bersabar. Biarpun di kecam, di hina, di sakiti, tapi baginda s.a.w tetap memberi hanya balasan yang baik buat mereka.

Semalam saya telefon ibu. Saya mengadu tentang kekesalan yang saya rasakan terhadap sesetengah manusia, entah lah. Saya manusia biasa, ada masa tercalar juga hati ini dengan sikap orang yang seolah tak mengenang budi dan tak reti menghargai.

Tapi sebenarnya kat sini lah Allah nak uji kalau kita betul-betul ikhlas atau tidak. Andai nabi tidak ikhlas dalam menyebarkan agama islam, pasti begitu mudah baginda terasa hati, pasti sudah lama baginda s.a.w berputus asa dan segala-galanya akan gagal. Jika gagal, tidak islam lah kita hari ni andai misi dakwah baginda menyebarkan agama islam tidak berjaya, bukan? :')

Benarlah ikhlas itu menuntut kita untuk banyak redha dan bersabar. Biarlah, kau tak pandang aku dan membeza-bezakan aku dengan yang lain. Biarlah kau hilang hormat terhadap aku sekalipon, aku tetap akan menghulur bantuan saat kau memerlukan, inshaaAllah. Cuma pintaku pada Allah, buang lah kebencian aku pada sikapnya terhadap aku, kerana dia juga salah seorang dari kalangan anak didikku. Aku tak mahu sesuatu yang buruk menimpanya kesan dari apa yang aku rasai. Doa seorang guru adalah antara doa yang Allah makbulkan. Sebab itu, kupilih untuk berfikir yang baik-baik, senyum dan katakan yang baik sahaja tentangnya walau begini sekali hati ini di calar olehnya.

Allah, fix my heart.

"Hate no one, no matter how much they've wronged you. Live humbly, no matter how wealthy you become. Think positively, no matter how hard life is. Give much, even if you've been given little. Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you, and do not stop praying for the best for those you love.." - Ali Ibn Talib RA

I want to inspire people. 
I want someone to look at me and say 
"Because of you, I didn't GIVE UP.."

Memilih untuk terus memberi bunga yang segar, mekar harum dan mewangi, InshaAllah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...