HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Punca Bengkak Susu Cara Mengatasinya




Bengkak susu? Sakit! Ia menandakan keadaan di mana susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari miss B. Atau boleh jadi pengeluarannya tidak efektif. Apabila miss B tak di kosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran akan mula tersumbat. Mula sakit, terasa ada ketulan. Nak tahu apa punca? Baca bawah ni πŸ‘‡




1) Lepas bersalin, lambat mulakan penyusuan kali pertama


Lambat memulakan penyusuan lepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan miss B



2) Poor latching. Lekapan hisapan bayi tidak betul 


Lekapan kalau tak betul, akan menyebabkan susu tak dapat di keluarkan secara efektif. so boleh terluka atau bayi sendiri tak puas nak menyusu nanti.


3) Penyusuan atau pengepaman tidak kerap


Haa dah jadi ibu kena rajin tau. Jangan malas malas. Allah beri rezeki pada ibu untuk ada susu, jadi bila ada kena kerap kosongkan, baru penghasilan baru akan terjadi sebab kosong dah, ada 'tangki' dah. Kalau tak kosong , nak isi kat mana nanti? Jarak masa untuk antara sesi mengepam yang terlalu lama akan menyebabkan saluran tersumbat. Sesi mengepam yang bagus adalah setiap 2-3 jam sekali.  Kalau tak mengepam maksudnya sesi penyusuan tu sendiri, jadi kalau baby tidur pon kejutkan ya. Kalau tak bangun jugak atau baby taknak, haa pam je la. Dan waktu malam tu jangan la pulak tidur je, set alarm untuk bangun pukul berapa untuk susukan atau pam.



4) Terlalu menetapkan masa menyusu di setiap belah miss B


Sebenarnya kan, memang kena susukan bayi dua dua belah, tapi masa di sebelah penyusuan, bagi je sampai bayi lepaskan. Then baru tukar belah lagi satu. Kerap menukar (switch sides) semasa penyusuan akan menyebabkan susu tak dapat keluar sepenuhnya dari setiap miss B. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu dan lagi, sayang nanti sebab bayi tak dapat kandungan lemak (hindmilk) dalam susu yang cukup



5) Tertinggal sesi mengepam - skip pumping session


Bagi yang berkerja di luar, bila busy sangat mungkin akan terskip jugak sesekali. so ini boleh sebabkan bengkak susu. Secara fitrahnya badan si ibu dah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi - sekerap 1-2 jam sekali. juga ikut jadual pam yang kita set. Dah ada memori ni, waktu tu badan akan hantar signal seperti miss B rasa berdenyut-denyut atau susu keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot miss B mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika tak mengepam, saluran akan membengkak dan tersumbat. 



6) Pam susu - breast pump 


Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu, boleh menyebabkan susu tak keluar dengan baik.




TIPS MENGHILANGKAN / MENGATASI BENGKAK SUSU



1) Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian miss B.  Masa mandi buat urutan membulat juga, tekan kuat sikit bahagian yang ada ketulan. 



2) Isi air panas dalam botol storage susu. golek golekkan di bahagian ketulan.


3) Lakukan urutan dari atas ke bawah


4) Susukan bayi sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di bahagian ketulan

5) Kalau bayi kenyang taknak susu, pam lah sekerap mungkin sampai ketulan atau bengkak tu surut. 2 jam sekali dengan sedutan rendah. 

6) Elakkan minum ais atau air sejuk buat masa ni ya. Tak yah minum langsung la k. minum air suam 1 gelas 300-350 ml setiap 1 jam.


7) Saluran susu yang bengkak atau berketul, akan menghalang aliran susu untuk keluar dengan laju. Sebab tu slow je susu keluar masa pam. Kuantiti perahan pon jadi sikit. sabar. 


8) Makan Lecithin Shaklee. eh kenapa? ok menurut doktor jack newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang duktus susu dari tersumbat. Dalam susu ada lemak kan? perasan kan kalau nak basuh botol.. rasa lekit berminyak, kesan lemak susu lah tu. So lecithin kurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Lecithin kan fat emulsifier 😊 jadi korang boleh buat backup la, pastikan ada lecithin sebotol ok.. time travel ke apa bawak jugak. 

mana nak cari? whatsaapp je tiera ok? nanti tiera tolong dapatkan untuk korang. ni my no 019-4120913



Apepon, jangan lupa bahawa hisapan bayi lebih hebat dari breastpump, ia mempunyai kuasa sedutan yang sesuai untuk melancarkan semula aliran susu. kerapkan direct feeding is good πŸ‘






sekian perkongsian. moga bermanfaat. 

xoxo,
athirah tieramiessyou

Penapis Air Shaklee




Siapa kata shaklee ada vitamin je? Penapis air pon ada tau. kejap tiera tunjuk. tada!!!




di Spencer Street, masa ke Melbourne. Nampak tak tiera bawak penapis air tu sama! Betapa portable nya ia 😍





Info penting tentang penapis air shaklee :



1) Menandingi jenama terkemuka yang lain! 


  • Di sahkan dapat menyingkirkan plumbum, merkuri, kadmium dan juga bahan bahan cemar yang lain di samping mengekalkan kandungan mineral yang sihat!
  • Di sah kan dapat menapis klorin, jadi dapat mengurangkan ancaman kesihatan di sebabkan kesan sampingan klorin
  • Dapat menuras 303 liter air (80 gelen) bagi setiap tapisan / turasan. Dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka!
  • Sistem penuras jag air menggunakan blok karbon PERTAMA




2) Pilihan bijak! 



  • Hanya beberapa sen bagi seliter air 
  • Air yang lebih sihat dan rasa yang lebih sedap
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang di turas - tidak menggunakan kuasa eletrik!
  • Ringan dan mudah di bawa kemana saja
  • Menjimatkan kos, tak perlu di masak!


3) Selamat !


  • Berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar merbahaya. Ia di iktiraf oleh Persatuan Kualiti Air, Water Quality Association (WQA) bahawa ia dapat mengurangkan plumbum dan bendasing lain dalam air paip.




4) Handal !


  • Lebih banyak air bersih pada setiap masa. 
  •  Sebanyak 303 liter air dapat di turas

5) Mesra alam 


  • Menggunakan sistem penuras jag air dengan blok karbon isian semula (refill) mengurangkan timbunan sisa. 
  • Penuras di perbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. 

6) Menjimatkan kos 


  • Kita banyak bazirkan banyak duit dengan beli air berbotol-botol. 
  • Penapis air shaklee hanya membuatkan kita keluar berapa sen sahaja untuk seliter, dah boleh dah dapat air yang bersih dan sedap. 
  • Jimat eletrik, jimat tenaga. tak payah cucuk plug ke, pakai bateri ke. takde. 


7) Harga mampu milik!


  • Tidaklah berharga ribu riban.. ratus ratus je
  • Beli full set dapat 3 penapis gantian semula dengan free satu lagi. 


8) Bersifat alkali 




  • Air alkali sangat membantu meneutralkan kadar asid berlebihan dalam badan. Kebanyakan makanan kita hari ini memang banyak asid. Daging merah, keju, air bergas, ni antara contoh yang buat pH dalam badan jadi rendah dan berasid tau!
  • Virus dan agen jangkitan tak boleh hidup dalam persekitaran alkali. Sebab tu sel yang sihat sifatnya alkali, yang tak sihat sifatnya asid. 
  • Air beralkali menyinkirkan toksin dalam badan. Air yang bersifat alkali lebih mudah diserap dan lebih berkesan untuk singkirkan toksin. Molekul lebih kecil memudahkan penyerapan berganda ke tisu badan. 
  • Agen antioksida. 
  • Menurunkan berat badan! meneutralkan asid lemak dalam badan. 


pH air hasil tapisan adalah 7.5 



suami pon kata sedap air ni


masa nak tukar, tengok sendiri tahap kekotoran air di kawasan rumah kita. dan kita pulak selama ni sekadar masak gitu je air paip tanpa di tapis. patut sakit tekak πŸ˜–



tak perlu electric supply. cukup sekadar tengok meter pada penutup jag ni. ia akan tunjukkan dah berapa liter air dah di tapis dan bila perlu tukar






TESTIMONI : APA KATA PENGGUNA?















banyak lagi testimoni customer tiera nanti tiera cari lagi dan post lagi ye 😊.. yang penting penapis air shaklee memang best! rugi kalau tak de tawww


so ok lah apa apa boleh roger tiera 

019-4120913

boleh pilih nak beli basic set atau full set. ok? πŸ˜™





Tips Pemilihan Pam Susu Terbaik



Okeiii, harini tiera nak kongsi tips macamana nak pilih dan beli pam susu terbaik khusus buat bakal bakal ibu yang akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Tipsnya adalah.... 



Tanya kawan kawan kat facebook! haha πŸ˜‚



Ok ok serius serius. πŸ˜† Yang sebenarnya tiera pon baru belajar benda benda ni. memang tiera ada post dekat fb tanya ramai orang tentang breastpump ni.. dan surprisingly baru tahu kewujudan satu kedai bernama pump-on-the-go, yang mana kedai tu memang menjual pam susu pelbagai jenama dan siap kita boleh test! So tahu lah kot mana mana yang mungkin tak best ke, sakit ke dan sebagainya. Sebab masing-masing pakai tak sama kan. 


excited masa datang sini, macam ta percaya boleh try semua haha

Tapi still blurr tak tahu mana yang sesuai. Tiera tanya kakak-kakak tiera, along & kakngah memang pakai Medela FS (Freestyle). Tengok fb ternampak hat Willow ni, Ya allah best gila. Just masukkan dalam baju then buat la kerja sambil Willow ni akan pam susu untuk kita. Sayangnya, belum masuk malaysia.. aku dah beranak dah weii πŸ˜…


Then tiera pon post dekat fb mintak pendapata ramai.. hasilnya.. 






  1.  Kata kak min, tak semestinya orang lain pakai ok, kita pakai pon ok. Kena try sendiri, dan beliau suggestkan pergi pump on the go la. Haa tu tiera baru tahu kewujudannya. Tenkiu kak min! hehe
  2. Ada suggest brand milky planet, brand pureen (tp bising sikit katanya) . Spectra, avent, autumn passion, lacte duet elite. 
  3. Kak munirah pulak kata, benda yang kita kena consider adalah suction  cup. Macam dia kena pakai jenis silikon. kalau tak boleh luka nipple eh ngerinya πŸ˜–Dan katanya dulu memang famous medela FS, pulak time tu tengah tak banyak pilihan lain. Sekarang ni dah macam macam ada.. so kena try betul betul. 





So tiera beli yang mana? tiera beli spectra 😊. Tapi tak beli dekat pump on the go, beli dekat baby expo. 


di pump on the go, harganya pump ni sahaja RM805, normal price RM920 katanya. Tapi tak ada dapat beg, botol untuk stok etc. Kalau nak, tambah RM50

di baby expo, harga lebih kurang je, takde penjimatan tapi lebih banyak keuntungan. RM804.55 dapat pump, cooler sling bag, manual switch kit, adaptor , dn botol untuk simpan stok hat bpa free. haa tu yg terus beli tu. dah test kat pump on the go pon ok lah suction dia. 



masa prepare barang nk bersalin hihi. spectra comei je kan. ok lah puas hati . tiera suka sb dia jenis rechargable. jadi takde la berwayar bagai atau kena cari soket untuk plug dapatkan power 

buat stok hanya untuk kegunaan emergency. mmg isi cuma 3oz, 3oz. itu keperluan baby aleesha irdina buat masa ni untuk sekali minum 😊 hat ujung tak hbs isi lagi πŸ‘…





ok next entry inshaallah kita share pasal supplement yang bantu boost susu badan pulak ok? supplement yang di susuli dengan beberapa usaha lain. kena jaga demand and supply jugak.. inshaalah2 nti kita share ya. thx for reading korang πŸ˜™ 

Kisah Inspirasi, Sultan


Harini tiera nak kongsi satu cerita best.. tak tahu la korang dah tengok belum, tapi siapa belum tengok seriously korang kena tengok.. 


Macam biasa la tiera suka kaitkan dengan kehidupan kita, pada tiera selagi mana sesuatu cerita tu ada nilai dan pengajaran, selagi tu kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita, syaratnya, kita kena latih otak kita untuk berfikir..



ok ini Sultan. Yes salman Khan dalam cerita ini memegang watak seorang lelaki bernama Sultan. Sultan ni anak petani, banyak main, hidup tak ada impian tak ada halatuju.. lalui je kehidupan setiap hari just for fun.. walhal dah agak berusia. Sebelah tu pulak Aarfa, seorang ahli gusti, anak kepada ketua kelab gusti, Barkat. Dia pandai, fasih pulak berbahasa inggeris, pemenang gusti peringkat negeri. Ada wawasan, impian dan cita-cita. Impian Aarfa dan ayahnya adalah untuk memenangi pingat emas di sukan olimpik. 




Perkenalan bermula

Satu hari Sultan tengah berkejar-kejaran dengan kawan-kawan nak kejar layang-layang (game kesukaan budak2 kampung ni) dia terlanggar motor Aarfa. Aarfa marah dia macam gengster πŸ˜‚ tapi sultan sangat jatuh cinta.


Sentap bila di hina 

Sultan usaha macam-macam cara untuk kenal aarfa, kawan dengan aarfa. Bila dah berjaya jadi kawan, satu hari aarfa dapat tahu Sultan beritahu kawan-kawan yang Aarfa ni girlfriend dia. Aarfa marah dan keluarkan kata-kata kesat sampai Sultan SENTAP dan matanya berkolam (air mata)


"Saya seorang kawan, itu sahaja. You know what? You won't understand me. Saya silap, saya tak patut berkawan dengan orang tak berpelajaran macam awak. Awak ingat awak apa yang saya akan jatuh cinta dengan awak? Look at you, and look at me. Apa persamaan kita? Saya pemenang tahap negeri. Saya ada impian dan tujuan dalam hidup. Awak ni apa? Badut yang hiburkan orang dengan perkara remeh. Tahu dengan siapa awak nak jatuh cinta? Seseorang yang boleh awak hormati. seorang yang ada keistimewaan yang awak tak ada. Awak ada tujuan hidup? Awak ada cita-cita? Nak pikat gadis konon.." 



Kerja keras dan lakukan perubahan, dunia akan menghormati kita 


Part ni tiera suka jugak.. Bagaimana seorang ayah memberi kata kata semangat pada anaknya.. bagaimana kasih dan prihatinnya seorang ayah kepada anaknya..tiera suka sangat kata-kata ayah sultan. 

Malam tu lepas Aarfa hina sultan, sultan balik dengan hati yang sangat sedih. Ayahnya dapat rasa sesuatu tengok raut wajah anaknya. Esok dan esok lagi, ayah sultan makin rasakan sesuatu. Ada sesuatu yang sangat menggangu fikiran anaknya. Akhirnya ayah sultan datang bertanya pada sultan. 


"Ini pasal perempuan kan? Jangan jadikan ini alasan untuk kau cuba arak dan dadah pulak. Dan jangan jugak cuba untuk bunuh diri.."


"Saya bukan budak kecik ayah..Dia hina saya.."


"Dengar sini Sultan.. ada wanita di sebalik kejayaan seorang lelaki..ada wanita di sebalik kegagalan setiap lelaki juga..tapi tak ada sesiapa yang akan bersama lelaki yang gagal..kadang kala penting kalau di hina untuk mendapat penghormatan..kau kena berubah sultan..kau kena berkerja keras, dunia akan menghormati kau.."



Terima kasih kerana menghina saya



Dan lepas tu, banyak la scenes macamana sultan berusaha untuk jadi penggusti yang hebat. I loike, sebab tiera teringat saat tiera juga pernah di hina.. lepas konvo tak sambung LLB, tak kerja, buat shaklee.. ada pulak yang banding-banding kan tiera dengan orang lain.. sakitnya tuh di sini tau πŸ’”. Tapi kalau bukan sebab kata kata hinaan tu, tiera takkan sampai ke tahap ini. Justeru itu, tiera tetap berterima kasih 😊 Kerana sentap di hina lah tiera buat shaklee sungguh sungguh. Kalau tak, sambil lewa jugak. Yelah, selesa kan. Duduk rumah, makan minum ibu ayah tanggung lagi. belum kahwin. komitmen takde sangat. Sekali sentap kena hina, baru tahu sakit dia macamana. 



Sultan akhirnya menang pertandingan gusti peringkat negeri. Dan waktu tu lah, Aarfa datang ucap tahniah dan mintak maaf pada Sultan. Sultan cakap 


"maaf untuk apa? tengok la sekeliling awak (orang yang bersorak untuk kemenangan sultan) Harini Sultan adalah Sultan, di sebabkan awak.." ehehehe  kira Sultan berterima kasih lah sebab buat Sultan sedar betapa hidup ini perlu ada wawasan. perlu ada impian cita cita dan halatuju. 


Dan akhirnya mereka berkahwin.. 



Amacam best tak? Best.. Tapi yang lagi best.. cerita ni bukan setakat ni.. ada panjang lagi.. dan banyak lagi pengajaran yang tersurat tersirat dalam cerita ni.. 


Mereka berkahwin.
Menang pingat emas demi pingat emas dalam bermacam sukan peringkat  antarabangsa. Commonwealth, Asian games, United World Wrestling dan sebagainya. 



Harga sebuah pengorbanan 


Hingga mereka berdua layak untuk ke sukan olimpik. Kan cita cita mereka nak dapatkan pingat emas untuk sukan olimpik kan? Tapi di waktu itu, Aarfa di sahkan mengandung.. Ayah Aarfa sangat marah sebab tak berhati-hati sampai boleh mengandung. Tapi kata Aarfa, dia dah pun menang pingat emas..  Sultan & anak yang di kandungkan adalah pingat emas buat Aarfa. awhh so sweet 😍 Jadi Sultan seorang la yang akan mewakili untuk ke London Olympics nanti. 



Ada garisan halus antara kebanggaan dan keangkuhan


Sultan semakin terkenal. Jadi duta produk sana sini. menang bermacam acara lagi. Tapi sayang, dia mula angkuh. Ayah dan isterinya mula rasakan tu. Sampailah isterinya Aarfa mula bersuara.. 


"Bagus untuk ada impian.. jangan kerana nak di hormati, dalam tak sedar kita menuju jalan keangkuhan.." 

Dan Aarfa mintak supaya Sultan tak pergi sukan olimpik tu. Mintak Sultan korbankan impian demi keluarga. tapi sultan pergi jugak.. 


apa jadi lepas tu? di waktu sultan meraikan kejayaannya di london, anaknya yang dilahirkan Aarfa, Aaman. berjuang hingga 18 jam kerana tak cukup darah.. Dan darahnya adalah  O-negatif, sama seperti ayahnya sultan. Darah yang sangat unik dan susah nak cari. Dan akhirnya Aaman pergi buat selamanya 😭 Kalau lah sultan tak pergi sukan olimpik, dah tentu sultan boleh berikan darahnya buat aaman kan? 


Dan mereka berpisah.. berpisah tanpa bercerai. Aarfa taknak dah tengok muka sultan. Sultan pon bawak diri. Tinggalkan semua kejayaan dan dunia gustinya. Menjadi seorang yang sedih, sugul dan badannya tidak lagi fit seperti dulu.. 



Tebus semula kesalahan 

Sultan terus buat keputusan untuk tubuhkan satu "Blood Bank" untuk kampung tu. Cukuplah Aaman anaknya mati sebab tak cukup darah, dia tak nak ada anak orang lain alami nasib yang sama. Tapi untuk tubuhkan blood bank tu, dia perlukan dana yang banyak. mana nak dapat! Bermacam cara sultan usahakan bertahun tahun hingga ada seorang lelaki datang mencari bekas juara olimpik tu untuk memberi tawaran menjadi ahli tinju. Jika sultan boleh memenangai acara tersebut, 1 juta akan menjadi milik sultan! Awalnya sultan tak nak, tapi sebab kenangkan misi menubuhkan tabung darah untuk orang kampung demi menebus semula kesalahannya.. sultan setuju. Dan kat sini lah bermulanya bagaimana Sultan BINA SEMULA DIRINYA. 



dan endingnya.. hehe korang p lah tengok sendiri ok.. serius best gila.. pada tiera cerita ni cukup beri inspirasi untuk kita.. 


Ingat, kita tak boleh di kalahkan oleh sesiapa walaupaun keadaan, melainkan kita pilih untuk menyerah kalah. Contoh buat shaklee ni, tiera faham ramai hadapi bermacam kesukaran, dugaan dan cabaran. Tapi adakah kita pilih untuk berjuang cari jalan bagi dapat buat habis baik jugak atau menyerah kalah dengan mengatakan aku tak boleh buat? terus beri alasan? 



Lawan kita paling teruk, paling susah nak kalahkan adalah diri kita.. Berjuanglah habis habisan.. Untuk lawan segala alasan, sifat malas dalam diri kita , emosi tak stabil dan sebagainya.. 


so ok lah itu saja.. hingga berjumpa lagi. Bye! 


xoxo,
athirah tieramiessyou



Kurus Cantik Dengan Shaklee

percayakah kau bahawa satu ketika dulu beratku hanya 45kg? πŸ˜‚



maaflah terpaksa tutup gambar kawan kat sebelah, aurat 😬 oklah tak nak tipu, sebenarnya, truth be told berat tiera sekarang adalah 70kg πŸ˜‘ berat selepas melahirkan Nur Aleesha Irdina. Masa mengandungkan dia 76kg πŸ˜‚


Tiera target nak kuruskan  badan semula.. tidak lah sampai 45kg zaman anak dara dulu.. atleast dapat 55kg pon dah bersyukur sangat sangat dah hehe..so total weight loss yang kita targetkan sekarang adalah 15kg... 


#MampukahAkuKurus ? 


Tiera pernah berjaya kurus dengan shaklee.. so kalau dulu pernah, sekarang? Why not? kan? 


kalau tak percaya, haa klik sini πŸ‘‰Berjaya Kurus Yeayy


Cuma bezanya dulu belum ada anak. Tiera akan cuba cara kurus yang sesuai untuk ibu menyusu.. doakanlah tiera berjaya ok! hehe



Ok untuk cadangan set kurus shaklee, tiera suka suggest atau cadangkan kepada anda begini sekiranya anda nak cuba. Ni mengikut pengalaman tiera tau.. dan berdasarkan apa yang tiera study dari ebook tentang kurus gemuk dan melalui beberapa pembacaan tiera yang lain. 



1) untuk yang lebih kepada mahukan inch loss. Maksudnya yang penting pakai baju nampak lebih longgar dan pakai lebih selesa. Boleh cuba buang lebihan air dari badan. Macamana? 

tambahan yang takde dalam gambar  >>  ostematrix 




2) Untuk yang memang berat badan berlebihan, lemak tepu banyak,  selulit sana sini. selera makan pon seperti gergasi πŸ˜…, anda perlukan sesuatu yang boleh buat fikiran anda waras, nafsu lebih terkawal dan rasa kenyang lama. cuba gabungan di bawah ni, tadaaa!! 



PERTAMA : PROTEIN

Protein sangat penting dalam misi kurus anda ni. So untuk protein terbaik, try lah protein shaklee 😘 Korang boleh pilih nak Cinch yang ada 3 perisa ni atau ESP. ok?
KEDUA : MINYAK IKAN ATAU LECITHIN

Suka tiera nak ingatkan kalau anda amik salah satu ni di susuli dengan sedikit senaman, memang best la kesan dia. 

KETIGA : ALFALFA ATAU HERBLAX

kasi buang balik la. dua dua ni herba. tinggi fiber so tarik air dari dalam badan, memudahkan proses pelawasan, buang laju je dengan syarat minum banyak la. Dia tarik air ni, kalau air kurang, memang keras la πŸ’© korang hehe so minum banyak naa. wei kalau tak makan benda ni pon kena minum air banyak , so jangan la hanya sebab nak makan benda ni baru nak minum banyak. minum, minum air kosong byk2. 


Additional, kalau tanya tiera, tiera suka untuk sihat menyeluruh. Maksudnya, untuk kurus biarlah tidak sampai melupakan keperluan asas tubuh kita. Bila keperluan asas badan kita dapat cukup, inshallah kita lebih bertenaga, sistem dalaman badan kita lebih cekap dan  kita dapat banyak manfaat lain. Untuk itu, boleh la lengkapkan jadual harian anda dengan pengambilan vitamin asas secara konsisten iaitu vitamin b,c,dan vitalea. Murah je 3 ni. Siap boleh tahan 4-6 bulan uols!






Tiera bermula dengan shaklee.. dengan set apa tau.. haah set asas ni la.. lepas tu baru start try set kurus.. lepas tu baru perasan.. 



eh aku dapat all in one! ehehehe



Bertenaga, lebih sihat, lebih kurus dan lebih cantik berbanding dulu πŸ˜› 





Tak percaya?


Zaman belajar zaman muda mudi tak amik apa apa. Dah makin bertambah usia, makan shaklee seperti ku cerita di atas. Jadi macam ni.. alamak, takutnya,, takut jadi putih dan lawa sangat pulak macamana πŸ˜†

haha alaa gurau je la. gurau sikit pon tak boleh.. 😏

Atas sebab ni lah, tiera sentiasa yakin dan positif yang tiera mampu kurus dan cantik dengan shaklee walau sekarang daku 70kg 😌



korang macamana pulak? ok lah sekian dulu update dari tiera.. esok jumpa lagi! 



kepada sesiapa yang suka make up, kalau nak make up tu cantik pastikan base kulit memang bersih dan licin. tiera ni kan setiap kali ada MUA makeupkan semua kata

"sukalah make up tiera senang je sebab kulit dah memang bersih.."


Bukan tiera cakap tau, MUA yang cakap πŸ™ˆ


Maka yakinlah.


Kita boleh kurus cantik dengan shaklee.



sekian. Bye!




Athirah Tieramiessyou
pengguna setia shaklee dan pengedar shaklee anda
019-4120913




Review Set Berpantang Shaklee






Alhamdulillah finally yeayy dapat share pengalaman sendiri untuk set pantang shaklee. Selama ni asyik baca orang lain punya pengalaman je. now, sendiri punya, here we go! 



Syukur doa dimakbulkan, tiera dapat bersalin secara normal, cuma..   tiera alami pendarahan, masuk lah ICU dua hari. Sementara tu jap, untuk pengalaman melalui tempoh kehamilan yang indah bersama set hamil shaklee boleh  baca di sini ya 



Ok sambung.. tiera tak jangka pon tiera akan alami pendarahan teruk macam ni. Jadi takde pulak prepare google baca baca kes pendarahan selepas bersalin. Kisahnya, dalam perjalanan nak ke hospital, tiera mintak najmi singgah toilet RnR bukit raja. Ingat nak buang air besar. Jadi tiera teran kat situ.. padahal tu tanda baby nak keluar! Maka ada pembuluh darah pecah. 


Masa bersalin, kita perlukan tenaga yang sangat banyak untuk push baby keluar. Serious kalau takde tenaga, tak tahu lah macamana nak teran. Masa tu najmi minumkan tiera ESP + air PD. Alhamdulillah 2-3 kali teran keluar dah baby. Terus di letakkan baby atas dada tiera, skin to skin.. moment yang sangat indah 😊


Lepas tu lah.. tiera rasa darah keluar laju macam air terjun. Dan tiera mula lemah. sejuk. menggigil. 😭



Lepas settle doktor habiskan keluar uri, jahit episotomi apa semua, tiera di bawa ke bilik ICU. Bersalin 2.10 pagi, tersedar semula lebih kurang 7 pagi. Masa tu emosi tiera sangat terganggu! Sebab keindahan bersalin lari sikit dari apa yang tiera bayangkan. Rasa macam "kenapa bersalin sepenat ini? Ya Allah aku rasa penat.. penat sangat sangat" 


Penat yang di sebabkan hilang banyak darah sebenarnya. Lemah perkataan yang lebih tepat.  Tiera yakin kalau tak berlaku tumpah darah, mungkin tak selemah ini. 



Pagi tu kakak kakak tiera call bagi semangat suruh positif, najmi pon bagi kata kata semangat, ibu pon. Alhamdulillah perasaan mula terkawal. emosi sedikit stabil. Cuba senyum dan cium anak walau payah nak bergerak dengan tiub kencing terpasang (sakit 😫) 


Lepas tu sarapan pagi. Makan set pantang shaklee. Yang mana salah satu vitamin di dalamnya adalah vitamin bcomplex. 



Amazing mashallah, emosi tiera sangat sangat stabil lepas tu! Rasa tenang dan lebih cool. Bagaimana bcomplex membantu? Sebab vitamin b meransang serotonin dan neurotransmitter yang lain. jadi dia buat diri kita jadi lebih tenang dan inshallah mudah untuk rasa happy dan bebas stress. Ingat Allah banyak banyak jugak jangan lupa. Zikir, zikir.. 



Kemudian hilang banyak darah ni kesan dia HB kita jadi low sangat sangat, maka dalam set pantang ni kan ada vitalea. Zat besi yang sangat membantu tiera untuk dapat bacaan HB yang cantik sepanjang hamil. Maka lepas bersalin, pulun la daku makan. Alhamdulillah naik HB dr 6 ke 7.6 macam tu dalam masa 2 hari. Vitalea jugak sangat bantu buat tiera lebih bertenaga untuk bangun dan susukan baby, walau dalam keadaan yang amat sukar. 


Next is vitamin c, best sebab tiera dapat rasa luka jahitan bawah cepat kering dan jahitan terbukak finally oyeahh... gandingan vitamin c dan ESP sememangnya superb dalam memperbaiki sel kulit kita dan mempercepatkan luka bersalin. 


Last but not least. Alfalfa. Untuk kecutkan rahim dan juga banyakkan susu badan.. Alhamdulillah, mampu beri susu badan scukupnya buat aleesha irdina. 


Lepas 2 hari dalam ICU, doktor nampak progress tiera bertambah baik.. maka dah boleh keluar ICU dan masuk wad biasa.. muka tiera masih pucat (kesan hilang banyak darah) tapi alhamdulillah dah ada tenaga dan mampu tersenyum gembira :)





so itulah review set berpantang shaklee dari tiera. tiera sangat suka dan happy! untuk pengalaman ini, tiera sangat appreaciate dan tiera memang galakkan sangat sangat korang cuba lah set berpantang shaklee.. 



Yang mana sedang menunggu masa nak bersalin tu, prepare ok? Boleh cari tiera jugak kalau nak dapatkan set pantang ni dari tiera.. 



ok lah nak serve baby pulak.. hehe masa untuk mandikan dia.. dan omaknya pulak nak bertungku n berbengkung! Berpantang sendiri je hehe


Salam sayang 
Athirah Tieramiessyou
019-4120913




Akhirnya WAHM itu milikku jua :)




Alhamdulillah, nikmat Allah yang mana lagi nak di dustakan? satu ketika dulu, tiera pernah cemburu dengan kawan-kawan yang bergelar WAHM atau working at home mom. Nak jugak guna gelaran tu, tapi nak buat macamana, kita belum ada anak , jadi cuma boleh guna WAHW iaitu working at home wife 😌



Hidup ni adalah satu doa. Setiap hari, doa adalah yang membentuk kehidupan. Setuju? Sebab apa saja kita buat, fikir, rasa, cakap, semuanya adalah doa. Setiap hari kita buat macam-macam kan? Bermacam perkara ada dalam fikiran kita, tanpa kita sedar, itulah yang membentuk atau mencorak hari hari kita seterusnya.. 



Sebab tu kena jaga segala perbuatan kita, percakapan kita, fikiran kita. Tambah lagi dengan doa doa spesifik dan terperinci.. selepas solat dan setiap masa yang kita rasa nak doa, doa je lah. 


Dan hari ini, bila tiera kenang, terlalu banyak dah doa yang Allah kabulkan.. walaupon ada sesetengah doa, bertahun tahun baru Allah makbulkan, tapi syukur.. Akhirnya dia bagi, pada masa yang benar benar terbaik dalam pengetahuan-Nya




Allah tak kejam. 
Allah tidak pernah menjawab tidak pada doa doa kita.


Allah cuma ada 3 jawapan untuk setiap doa kita.. untuk setiap yang kita mintak.


1) ya
2) ya tapi bukan sekarang
3) aku ada sesuatu yang lebih baik untuk kau





Saat baby di letakkan di atas dada tiera, skin to skin right after dia keluar.. Allah je tahu bagaimana perasannnya.. Saat najmi iqamat, azankan baby, allahuakbar ini lah detik yang lama aku tunggu.. terasa sempurna diri tiera sebagai seorang isteri dapat melahirkan zuriat najmi.. lama penantian ni.. lama sayang ibu.. 



alamak baby dah nangis! nanti sambung pot pet lagi ya! hehe  kang dok post psl bersyukur dpt baby, baby pon terabai, tak guna jugak.. nanti sambung ya. thanks for reading uols 😍

Happy Father's Day, babah :)




Baby tahu tak, masa dapat tahu baby dah ada dalam rahim ibu.. selain ibu, babahlah orang yang paling happy tak terkata hingga menitiskan air mata. Sebab ibu tahu, babah pon sama macam ibu.. rindu kat baby sejak baby belum ada lagi.. 

Babah peluk ibu kuat-kuat bila ibu tunjuk dua line merah ni.. peluk sambil nangis.. baby tahu betapa happynya babah masa tu?






Sebelum dapat tahu, ibu sakit sangat. Proses baby nak menempel sangat sakit sampai ibu menangis tak tahan, ibu fikirkan senggugut, rupanya implantation process :') ibu jadi moody, nak marah je rasa.. tapi babah sangat sabar layan ibu.. saat ibu rasa nak tengok muka dia pon tak nak, walau tanpa sebab.. babah tetap genggam kuat tangan ibu.. 



Lepas dapat tahu kewujudan baby, babah jaga ibu lebih lagi. Babah tak bagi ibu buat kerja sangat, dan babah banyak buat kerja kerja rumah, sayang sangat babah kat kita tau.. 



Masa kita kerjakan umrah pertama kita sama-sama, ibu dah tak larat habiskan saie 5 km. babah pegang tangan ibu, babah bawak kita untuk habiskan saie. walaupon kejap kejap kena duduk, rehat , then sambung lagi.. Tapi babah tetap gigih pimpin kita.. Baby ingat lagi? kali kedua umrah, saie. babah bawak kita naik scooter pulak hehe. babah memang selalu fikirkan tentang kita.. 




Sebab tunggu baby lama sangat, hampir 3 tahun lamanya. maka ibu dan babah selalu di bayangi dengan perasaan takut.. takut apa apa jadi kat baby.. tapi cepat2 ibu dan babah istighfar.. tak nak fikir bukan bukan.. sebab apa kita fikir, cakap, rasa, semuanya adalah doa. Kalau kita fikir bukan bukan, maksudnya kita doa mintak benda tu jadi kat kita. nauzubillah.



Alhamdulilah bulan demi bulan berlalu, akhirnya today, ibu dah pon 39 minggu. Sabtu baru ni dah mula ada discharge coklat + pink sikit.. Patutnya nak rush ke hospital dah.. Tapi sakit contraction belum rasa lagi.. so masih lagi tak ke hospital kita.. tunggu betul betul sakit baru p.. malam semalam start  sakit, macam nak senggugut tapi kejap je. Then sampai sekarang takde rasa.. yang rasa, baby duk kicking punching non stop, sampai ibu terbangun dari tidur , terkejut ibu nak ko karate ibu pagi pagi buta πŸ˜‚ tapi bagus jugak. Alarm semulajadi dari ustajah baby kita ni, kejut ibu qiam ye..


Hmm..Kalau sakit start rasa lagi, dan selang 5 minit macam tu rasa balik, again dan again. baru kita p hospital, ok baby? 



Dear babah, 
selamat hari ayah dari kami.. Terima kasih sebab sayang kami.. terima kasih sebab jaga bubu dan baby.. terima kasih sebab selalu usahakan dapatkan apa yang bubu dan baby teringin nak makan πŸ™ˆ
Terima kasih sebab selalu sebut kami dalam doa babah.. 


Moga terus menjadi hero di hati kami, sampai hujung nyawa. Jadi imam terbaik untuk keluarga kita, seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, lemah lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang. We love you!



Selamat hari ayah juga buat semua yang bergelar bapa terutama buat ayahku Ab Razak, ayah mertuaku Zulkifli, and to all amazing Shaklee Dads!




p/s : ada satu insiden yang menyebabkan tiera pernah kena tahan ward selama 3 hari 2 malam. Tiera tak cerita pon dekat sesiapa kecuali beberapa orang.. tapi macam yang tiera selalu sebut, doa MAMPU mengubah takdirkan? memang betul. keajaiban berlaku.  Ajaib sangat sangat.. Inshallah semua akan tiera kongsikan dalam ebook tiera nanti ya.. lepas bersalin, dalam pantang nanti akan 'release', siapa yang nak dapatkan ebook eksklusif perkongsian tiera dari usaha untuk hamil hingga detik-detik kehamilan hingga melahirkan, stay tune ya , akan tiera announce nanti 😊 Mohon doa semua agar di permudahkan untuk tiera melahirkan anak sulung kami dengan mudah, selamat, normal dan suami sentiasa di sisi.. 


Much love,
Athirah Tieramiessyou





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...