HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Korang mesti cuba! Ana Ikan Bakar Petai



 Semalam tiera janji nak kongsi review kan 

1) Best ke tidak makan kat sini. 
2) Harga macamana
3) Servis dia?


Today tiera tunaikan janji okeyy hehe



Harini masuk hari ke-4 berada di Kuantan, Pahang - Babymoon  😊
Tanya orang dan google jugak. Ada 5 tempat makan best kat sini, yang paling top no 1 katanya Ana Ikan Bakar Petai, di Tanjung Lumpur, Kuantan



So okay lah kitorang decide nak makan kat situ. Untuk buka puasa, mesti BOOK dulu ok. telefon awal, pukul 5 ke atas baru nak call memang full la alamatnya. Tempatnya sangat besar, tapi boleh full ya😱


Dari depan. masuk je, panjang ke belakang sana. besar!

Setiap meja ada kurma free :)



Apa yang kitorang order?
Kailan ikan masin


Sotong goreng tepung

Ikan bakar sambal petai kena la cuba sebab nama tempat makan pon ana ikan bakar petai, mesti ni signature dia kan πŸ˜ƒ kitorang pilih ikan siakap. 

tada! besar wehh untuk 2 orang makan ni πŸ˜‚ bagi yang tak suka petai korang boleh order ikan bakar lain. tapi petai dia tak terasa / berbau sangat. Dia potong pon halus-halus dan siap dengan kulit. 

Butter prawn. udang masak butter, kitorg order 4 ekor je. besar ni, sorang 2 ekor pon dah puaih hati dah hehe. Rasa butter dia powerr

tomyam campur

Satar.. serius sedap sangat sebab lebih isi ikan, bukan kelapa macam yang jual kat bazar tempat kita tu huhu.. juicy sangat rasa isi ikan dengan gabungan cili padi arghh sedapnyaa

air, limau asam boi

Sepatutnya ada lagi satu, ketam masak pedas.

tapi katanya takde dalam list order, alaa tak merasa la ketam kita. So ketam kami tak dapat. But trust me, ini je pon belum termasuk ketam dah kenyang sangat sangat, sampai tak hbs dan bungkus bawak balik hotel! hehe





So untuk semua ni, agak agak berapa ringgit kena? Surprisingly.. cuma RM98! Murah kan 😱


Dari segi rasa.. semua sedap! ✓
Dari segi harga.. ok sangat! ✓
Dari segi servis, ok! ✓

kitorang sampai 6.45 petang. dah siap siap ada atas meja, bertutupkan dengan plastik wrapping tu. cuma tu je, satu order kitorg tertinggal iaitu ketam 2 ekor masak pedas hehe. Takpela takde rezeki nak mengetam kita semalam.. 









So oklah. itu saja perkongsian kali ini naaa. kalau nak tahu, ana ikan bakar ni kat bangi pon ada. Tapi hat sini la win, memang fresh ikan ikan dia 😊


till, then. bye!

Athirah Tieramiessyou




2 comments:

syasya said...

Murah giler!! Tetiba teringat aku dgn Hasri dinner dkt Pasar Malam Gili Trawangan. RM75 utk 1 ekor Ikan Talapia Bakar (sederhana besear), 2 ekor Udang Bakar (sederhana besar jugak), Jus Kiwi dan Jus Alpukat (Avocado) T_T Ini ke kedai yg Hasri suggest kan tu??

Athirah Tieramiessyou said...

sana memang mahal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...