HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Maaf, saya terpaksa unfriend awak

Lega rasanya bila dah unfriend mereka mereka yang boleh beri cas negatif pada tiera.. 😌 unfriend di fb bukan bermakna bermusuh atau memutuskan silaturrahim. Kalau jumpa di luar kat mana mana.. kita tetap bertegur macam biasa.. ✌ cuma tiera harap semua boleh faham..


Fb ibarat office untuk tiera. Tempat tiera berkerja, cari rezeki di samping berkongsi apa saja yang tiera rasakan boleh beri manfaat pada orang lain.


Bayangkan kalau anda masuk kerja hari hari. Nak tak, anda duduk se pejabat dengan orang yang negatif? Tiera ingat lagi Irfan Khairi ada kongsikan. Situasi dalam satu pejabat, sekiranya ada 10 orang dalam tu, cuma 1 orang yang negatif baki 9 orang positif. Siapa yang akan menang? Cas positif atau cas negatif? 

Ye betul. Yang negatif akan kuat mempengaruhi, walaupon jumlahnya cuma satu. Ia boleh pengaruh minda kita, tenaga kita, emosi kita.

Jadi cara terbaik adalah jauhkan diri kita dari sesiapa yang punya cas negatif ni.

Antara golongan yang tiera unfriend adalah :

- yang selalu bersangka buruk.
- yang selalu kongsi rungutan, kemarahan, kebencian dan kata kata carut walaupon kadang-kadang hanya kerana perkara kecil. Contohnya, order makan lambat sampai.
- tidak menghormati kerjaya orang lain. golongan yang bukan sahaja tidak menyokong kita berniaga selama ni malah suka memerli dan memuat naik status status berbentuk sindiran
- yang kongsikan mana mana link bertujuan untuk menyampaikan kepada tiera secara indirect sesuatu mesej. Dah tentu berkaitan dengan kerjaya tiera. Tak faham, selama ni dok stalk kita, ambil tahu perkembangan kita, tapi hati menyimpan sesuatu.. ada penyakit ain. Matanya begitu sakit melihat pencapaian orang.. dan rupanya menunggu masa, ada isu atau sesuatu cerita, masa untuk menembak! allahuakbar. Moga Allah jauhkan kita dari orang orang begini.

Tiera selalu doa mintak allah tunjuk kalau kalau ada yang negatif di kalangan rakan rakan fb tiera. Tiera nak jauh jauh dari orang begini. Ye Allah tunjukkan.


Mereka yang jarang keluar di newsfeed tiera, tiba tibe keluar dengan rancaknya berkongsi macam macam yang berkaitan dengan kerjaya tiera.. tanpa berlengah lengah, terus tiera klik butang unfriend.

Anda tak perlu tengok perkembangan tiera, jika anda rasa sakit dan menyimpan rasa tidak puas hati. Fokus lah pada kehidupan masing masing, kerjaya masing masing. Impian dan matlamat hidup masing-masing. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan masa kita pada kebencian. Lebih baik kita berkasih sayang dan saling menghormati. Spread love 💖 not hate.





Dan mungkin ada lagi yang tiera tak ter perasan, tapi sekiranya tiera ternampak satu hari nanti, tiera mintak maaf siap siap ya, tiera terpaksa klik unfriend. 🙏


Sebelum kita kongsikan sesuatu, cuba consider beberapa perkara .. tanya diri kita dulu..

1) Adakah ia akan menyinggung orang lain?

2) Adakah maklumat ini benar atau kita sekadar dengar cakap orang?

3) Adakah ia membantu?

4) Adakah ia boleh memberi inspirasi?

5) Adakah ia perlu untuk dikongsikan?

6) Adakah perbuatan itu baik dan mendapat pahala di sisi Allah?

7) Adakah kita berkata sesuatu dengan tujuan kasih sayang atau atas dasar kebencian dan perasaan penuh geram, dendam semata?


Tanya diri kita sendiri. Apa yang aku sedang buat ni?



Semoga Allah jauhkan kita semua dari golongan sebegini dan usahlah kita lupa di sebalik 2-3 orang negatif, ada beratus orang lain yang positif dan ada bersama kita. Jadi usah terganggu dengan 2-3 orang yang negatif, jauhkan diri. Unfriend mereka yang negatif dan hati penuh kebencian, fokus pada mereka yang baik, penyayang, supportive dan positif.


Alihkan tumpuan kita pada perkara yang baik baik.. Inshallah.
Beautiful things happen when you distance yourself from the negative 😊

#salam20ramadhan


Much love,
Athirah Tieramiessyou





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...