HOME FOLLOW ABOUT EDU LOVE CONTACT FB INSTA

Kisah Inspirasi, Sultan


Harini tiera nak kongsi satu cerita best.. tak tahu la korang dah tengok belum, tapi siapa belum tengok seriously korang kena tengok.. 


Macam biasa la tiera suka kaitkan dengan kehidupan kita, pada tiera selagi mana sesuatu cerita tu ada nilai dan pengajaran, selagi tu kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita, syaratnya, kita kena latih otak kita untuk berfikir..



ok ini Sultan. Yes salman Khan dalam cerita ini memegang watak seorang lelaki bernama Sultan. Sultan ni anak petani, banyak main, hidup tak ada impian tak ada halatuju.. lalui je kehidupan setiap hari just for fun.. walhal dah agak berusia. Sebelah tu pulak Aarfa, seorang ahli gusti, anak kepada ketua kelab gusti, Barkat. Dia pandai, fasih pulak berbahasa inggeris, pemenang gusti peringkat negeri. Ada wawasan, impian dan cita-cita. Impian Aarfa dan ayahnya adalah untuk memenangi pingat emas di sukan olimpik. 




Perkenalan bermula

Satu hari Sultan tengah berkejar-kejaran dengan kawan-kawan nak kejar layang-layang (game kesukaan budak2 kampung ni) dia terlanggar motor Aarfa. Aarfa marah dia macam gengster 😂 tapi sultan sangat jatuh cinta.


Sentap bila di hina 

Sultan usaha macam-macam cara untuk kenal aarfa, kawan dengan aarfa. Bila dah berjaya jadi kawan, satu hari aarfa dapat tahu Sultan beritahu kawan-kawan yang Aarfa ni girlfriend dia. Aarfa marah dan keluarkan kata-kata kesat sampai Sultan SENTAP dan matanya berkolam (air mata)


"Saya seorang kawan, itu sahaja. You know what? You won't understand me. Saya silap, saya tak patut berkawan dengan orang tak berpelajaran macam awak. Awak ingat awak apa yang saya akan jatuh cinta dengan awak? Look at you, and look at me. Apa persamaan kita? Saya pemenang tahap negeri. Saya ada impian dan tujuan dalam hidup. Awak ni apa? Badut yang hiburkan orang dengan perkara remeh. Tahu dengan siapa awak nak jatuh cinta? Seseorang yang boleh awak hormati. seorang yang ada keistimewaan yang awak tak ada. Awak ada tujuan hidup? Awak ada cita-cita? Nak pikat gadis konon.." 



Kerja keras dan lakukan perubahan, dunia akan menghormati kita 


Part ni tiera suka jugak.. Bagaimana seorang ayah memberi kata kata semangat pada anaknya.. bagaimana kasih dan prihatinnya seorang ayah kepada anaknya..tiera suka sangat kata-kata ayah sultan. 

Malam tu lepas Aarfa hina sultan, sultan balik dengan hati yang sangat sedih. Ayahnya dapat rasa sesuatu tengok raut wajah anaknya. Esok dan esok lagi, ayah sultan makin rasakan sesuatu. Ada sesuatu yang sangat menggangu fikiran anaknya. Akhirnya ayah sultan datang bertanya pada sultan. 


"Ini pasal perempuan kan? Jangan jadikan ini alasan untuk kau cuba arak dan dadah pulak. Dan jangan jugak cuba untuk bunuh diri.."


"Saya bukan budak kecik ayah..Dia hina saya.."


"Dengar sini Sultan.. ada wanita di sebalik kejayaan seorang lelaki..ada wanita di sebalik kegagalan setiap lelaki juga..tapi tak ada sesiapa yang akan bersama lelaki yang gagal..kadang kala penting kalau di hina untuk mendapat penghormatan..kau kena berubah sultan..kau kena berkerja keras, dunia akan menghormati kau.."



Terima kasih kerana menghina saya



Dan lepas tu, banyak la scenes macamana sultan berusaha untuk jadi penggusti yang hebat. I loike, sebab tiera teringat saat tiera juga pernah di hina.. lepas konvo tak sambung LLB, tak kerja, buat shaklee.. ada pulak yang banding-banding kan tiera dengan orang lain.. sakitnya tuh di sini tau 💔. Tapi kalau bukan sebab kata kata hinaan tu, tiera takkan sampai ke tahap ini. Justeru itu, tiera tetap berterima kasih 😊 Kerana sentap di hina lah tiera buat shaklee sungguh sungguh. Kalau tak, sambil lewa jugak. Yelah, selesa kan. Duduk rumah, makan minum ibu ayah tanggung lagi. belum kahwin. komitmen takde sangat. Sekali sentap kena hina, baru tahu sakit dia macamana. 



Sultan akhirnya menang pertandingan gusti peringkat negeri. Dan waktu tu lah, Aarfa datang ucap tahniah dan mintak maaf pada Sultan. Sultan cakap 


"maaf untuk apa? tengok la sekeliling awak (orang yang bersorak untuk kemenangan sultan) Harini Sultan adalah Sultan, di sebabkan awak.." ehehehe  kira Sultan berterima kasih lah sebab buat Sultan sedar betapa hidup ini perlu ada wawasan. perlu ada impian cita cita dan halatuju. 


Dan akhirnya mereka berkahwin.. 



Amacam best tak? Best.. Tapi yang lagi best.. cerita ni bukan setakat ni.. ada panjang lagi.. dan banyak lagi pengajaran yang tersurat tersirat dalam cerita ni.. 


Mereka berkahwin.
Menang pingat emas demi pingat emas dalam bermacam sukan peringkat  antarabangsa. Commonwealth, Asian games, United World Wrestling dan sebagainya. 



Harga sebuah pengorbanan 


Hingga mereka berdua layak untuk ke sukan olimpik. Kan cita cita mereka nak dapatkan pingat emas untuk sukan olimpik kan? Tapi di waktu itu, Aarfa di sahkan mengandung.. Ayah Aarfa sangat marah sebab tak berhati-hati sampai boleh mengandung. Tapi kata Aarfa, dia dah pun menang pingat emas..  Sultan & anak yang di kandungkan adalah pingat emas buat Aarfa. awhh so sweet 😍 Jadi Sultan seorang la yang akan mewakili untuk ke London Olympics nanti. 



Ada garisan halus antara kebanggaan dan keangkuhan


Sultan semakin terkenal. Jadi duta produk sana sini. menang bermacam acara lagi. Tapi sayang, dia mula angkuh. Ayah dan isterinya mula rasakan tu. Sampailah isterinya Aarfa mula bersuara.. 


"Bagus untuk ada impian.. jangan kerana nak di hormati, dalam tak sedar kita menuju jalan keangkuhan.." 

Dan Aarfa mintak supaya Sultan tak pergi sukan olimpik tu. Mintak Sultan korbankan impian demi keluarga. tapi sultan pergi jugak.. 


apa jadi lepas tu? di waktu sultan meraikan kejayaannya di london, anaknya yang dilahirkan Aarfa, Aaman. berjuang hingga 18 jam kerana tak cukup darah.. Dan darahnya adalah  O-negatif, sama seperti ayahnya sultan. Darah yang sangat unik dan susah nak cari. Dan akhirnya Aaman pergi buat selamanya 😭 Kalau lah sultan tak pergi sukan olimpik, dah tentu sultan boleh berikan darahnya buat aaman kan? 


Dan mereka berpisah.. berpisah tanpa bercerai. Aarfa taknak dah tengok muka sultan. Sultan pon bawak diri. Tinggalkan semua kejayaan dan dunia gustinya. Menjadi seorang yang sedih, sugul dan badannya tidak lagi fit seperti dulu.. 



Tebus semula kesalahan 

Sultan terus buat keputusan untuk tubuhkan satu "Blood Bank" untuk kampung tu. Cukuplah Aaman anaknya mati sebab tak cukup darah, dia tak nak ada anak orang lain alami nasib yang sama. Tapi untuk tubuhkan blood bank tu, dia perlukan dana yang banyak. mana nak dapat! Bermacam cara sultan usahakan bertahun tahun hingga ada seorang lelaki datang mencari bekas juara olimpik tu untuk memberi tawaran menjadi ahli tinju. Jika sultan boleh memenangai acara tersebut, 1 juta akan menjadi milik sultan! Awalnya sultan tak nak, tapi sebab kenangkan misi menubuhkan tabung darah untuk orang kampung demi menebus semula kesalahannya.. sultan setuju. Dan kat sini lah bermulanya bagaimana Sultan BINA SEMULA DIRINYA. 



dan endingnya.. hehe korang p lah tengok sendiri ok.. serius best gila.. pada tiera cerita ni cukup beri inspirasi untuk kita.. 


Ingat, kita tak boleh di kalahkan oleh sesiapa walaupaun keadaan, melainkan kita pilih untuk menyerah kalah. Contoh buat shaklee ni, tiera faham ramai hadapi bermacam kesukaran, dugaan dan cabaran. Tapi adakah kita pilih untuk berjuang cari jalan bagi dapat buat habis baik jugak atau menyerah kalah dengan mengatakan aku tak boleh buat? terus beri alasan? 



Lawan kita paling teruk, paling susah nak kalahkan adalah diri kita.. Berjuanglah habis habisan.. Untuk lawan segala alasan, sifat malas dalam diri kita , emosi tak stabil dan sebagainya.. 


so ok lah itu saja.. hingga berjumpa lagi. Bye! 


xoxo,
athirah tieramiessyou



1 comment:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

cerita ni best, bila kita ada anak, lepas kita ajak dia bersultan dengan kita, hahaha, terus moral diorang down kena gusti dengan bapak diorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...